Mereka ialah bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Senator Datuk Akbar Ali dan bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Datuk Halipah Esa.
"Model ekonomi baru adalah dokumen MPEN yang belum diterima oleh kerajaan.
Modul itu kini dibukukan sebagai cadangan kepada kerajaan dan kulitnya berwarna merah.
Akbar mengulas pembentangan kertas kerja oleh Ketua Setiausaha MPEN, Prof Dr Normah Mansor (kiri) bertajuk "Agenda Melayu Dalam Model Baru Ekonomi" di Dewan Tun Hussein PWTC.
Kongres anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu dihadiri oleh kira-kira 300 peserta hadir yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Akbar berkata, MPEN perlu bersikap adil kepada DEB agar tidak mengutuk atau menyalahkan DEB untuk menggalakkan model baru ekonomi.
Sehubungan itu, Akhbar (kiri) menggariskan langkah dengan menjadikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber penggubalan MEB demi menjamin kesejahteraan dan kualiti rakyat.
Beliau juga mencadangkan agar dihapuskan diskriminasi terhadap bumiputera dan menyusun semula guna tenaga dan kekayaan negara.
Manakala Halipah yang turut membahaskan kertas kerja tersebut, juga mengkritik modul MEB.
"Saya tidak nampak agenda bumiputera (dalam MEB). Tidak diberi tempat.
Dalam menghadapi cabaran ekonomi hari ini, Halipah (kiri) menggesa agar agenda bumiputera perlu dizahirkan dengan meningkatkan kapasiti dan kebolehan yang tinggi.
Sehubungan itu, katanya, MEB dan Rancangan Malaysia ke-10 perlu lebih perkasa dengan menitikberatkan pendidikan dan latihan serta kouta biasiswa perlu diteruskan.
Sementara itu, pengerusi MPM, Datuk Ibrahim Ali ketika ditemui pemberita berkata agenda bumiputera mesti diutamakan dan menjadi agenda nasional.
"Kedua pembahas menimbulkan kesangsian (terhadap) model ekonomi baru.
"Agenda bumiputera tidak dijelaskan atau kabur dan tidak dititikberatkan, seolah-olah menyalahkan dasar kerajaan itu tidak benar," katanya.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan