Mafrel terus pantau pilihan raya

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 6 Mei:
Pemantau Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) tetap akan memainkan peranan sebagai pemantau pilihan raya di Malaysia meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik pengiktirafan terhadap badan bukan kerajaan itu.

Bercakap pada satu sidang media di sini hari ini, pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, isu pengiktirafan SPR itu akan diselesaikan oleh pihaknya secara adil dan tidak memerlukan campur tangan dari mana-mana pihak terutama parti politik.

Sehubungan itu juga katanya, Mafrel akan menghantar misi pemerhatian mereka pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu bermula hari penamaan calon pada 8 Mei ini.

Pada pilihan raya kecil Hulu Selangor baru baru ini, SPR mengumumkan tidak melantik Mafrel sebagai badan pemantau bebas pilihan raya kerana mendakwa badan itu melanggar syarat pelantikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan