Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata hasil ujian air kencing pelawak berusia 32 tahun itu didapati positif ganja.
“Dia antara tiga yang ditahan positif dadah dalam serbuan pukul 1 pagi itu. Dua lagi ialah seorang pengurus artis dan seorang peniaga. Kedua-duanya positif dadah jenis ketamine,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Khalid berkata polis melakukan pemeriksaan ke atas kira-kira 30 pengunjung pusat hiburan itu.
Ketiga-tiga lelaki itu akan ditahan reman untuk siasatan lanjut, katanya.
Pelawak itu sebelum ini pernah beberapa kali ditangkap kerana disyaki terbabit dadah jenis methaphetamine.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan