"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelawak antara tiga ditahan positif di pusat hiburan

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Seorang bekas anggota kumpulan lawak terkenal tanah air ditahan polis setelah didapati positif dadah dalam dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid, Subang Jaya dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata hasil ujian air kencing pelawak berusia 32 tahun itu didapati positif ganja.

“Dia antara tiga yang ditahan positif dadah dalam serbuan pukul 1 pagi itu. Dua lagi ialah seorang pengurus artis dan seorang peniaga. Kedua-duanya positif dadah jenis ketamine,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Khalid berkata polis melakukan pemeriksaan ke atas kira-kira 30 pengunjung pusat hiburan itu.

Ketiga-tiga lelaki itu akan ditahan reman untuk siasatan lanjut, katanya.

Pelawak itu sebelum ini pernah beberapa kali ditangkap kerana disyaki terbabit dadah jenis methaphetamine.
-Bernama-

Tiada ulasan: