Bekas Presiden dah kena dakwa, bekas presiden UMNO bila lagi?

notan
Assalamualaikum,,..
Kalau aku tidak silap dengar, Muhyidin ada menyebut pendakwaan terhadap Ling Liong Sik membuktikan kerajaan tidak pilih kasih seperti sering didakwa pembangkang.Kalau benarlah begitu, Muhyidin kena pastikan pendakwaan terhadap pemimpin yang korup dan seleweng tidak berhenti di situ.Chang Kong Coi adalah satu lagi kepala selain Ling Liong Sik yang dikenalpasti dalam kes PKFZ ini,jadi di mana Chang Kong Choi yang sudah jadi jutawan hasil urusniaga PKFZ yang terjadi kerana kebodohan jemaah menteri UMNO yang ditipu hidup hidup oleh Ling Liong Sik.

Namun yang lebih penting bagi menyakinkan lagi bahawa kerajaan tidak pilih kasih dalam pendakwaan ialah bekas presiden UMNO yang turut disabitkan dengan beribu kes penyelewangan termasuk satu kes yang dicadangkan oleh suruhanjaya diraja yang menyiasat kes video Linggam koret koret koret.Kalau bekas presiden MCA sudah diheret ke mahkamah, maka bilakah pula giliran bekas presiden UMNO?

Muhyidin kena jawab soalan ini sekiranya dia benar benar ikhlas dan jujur dalam kes pendakwaan Ling Liong Sik.Pembangkang tidak sepatutnya dijadikan punching beg kerana menghebahkan penyelewengan demi penyelewengan pemimpin dan bekas pemimpin kerajaan kerana apa yang dihebahkan pembangkang ada bukti dan fakta yang tidak boleh ditolak atau dinafikan lagi.

Kini kerajaan mengakui ada kes di PKFZ dan mengheret bekas orang besar MCA ke mahkamah tetapi cuma satu kepala sahaja sementara satu lagi kepala dibiarkan bebas.Jadi ramai rakyat melihat pendakwaan ini hanyalah sandiwara seperti pendakwaan Eric Chia dan Kasitah Gadam dulu.Mana mungkin Ling Liong Sik jadi kambing hitam kerana PKFZ memang dirancang olehnya.Kemungkinan juga kelihatan terlalu tipis untuk mensabitkan Ling Liong Sik bersalah kerana kepala lain yang terlibat dan diserahkan bukti penglibatan mereka dalam PKFZ tidak tersenarai sebagai yang dituduh dalam kes PKFZ.Tetapi kemungkinan yang kelihatan begitu cerah sekali ialah Ling Liong Sik akan didapati tidak bersalah dan selepas itu kerajaan akan meminta rakyat menerima keputusan itu sekaligus nama Ling Liong Sik akan dibersihkan dari skandal PKFZ.

Wayang kerajaan nampaknya mudah dibaca kerana skripnya sama saja, lapuk dan ketinggalan zaman.Rakyat masih menunggu ketelusan kerajaan dalam menangani perbuatan keji pemimpin dan bekas pemimpin mereka.Belum masanya bagi Mahyudin untuk menyatakan kerajaan tidak pilih kasih dan bersungguh sungguh dalam usaha membenteras rasuah dan penyelewengan selagi bekas presiden UMNO tidak didakwa bersama sama berdozen lagi pemimpin dan bekas pemimpin kerajaan yang terlibat dengan jenayah termasuk kes pembunuhan.

Mahyudin dan kerajaan seharusnya menyedari bahawa kesemua pemimpin dan bekas pemimpin yang terbabit mempunyai bukti kukuh yang telah diberikan oleh pembangkang untuk didakwa di mahkamah berdasarkan undang undang yang ada.Ianya bukan bukti bukti yoyo atau sebelah pihak sahaja seperti kes liwat DSAI tetapi bukti lengkap dengan dokumen dan butir butir kesalahan.

Jadi apa tunggu lagi, dakwalah kesemua mereka termasuk bekas presiden UMNO kalau benar kerajaan Malaysia anak jantan.Kalau hanyalah pendakwaan terpilih seperti berlaku sekarang, Mahyudin dan kerajaan Malaysia bukan anak jantan tetapi hanyalah ayam jantan yang kokok berderai tetapi ekor bergelumbang tahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan