Pada 8 Julai lalu, Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar dilapor mendakwa Chai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, malah menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan di kalangan ahli pertubuhan itu dan orang Melayu yang menyokong PERKASA.
Kenyataan Chai bertarikh 1 Julai itu menyatakan bahawa "Pemuda MCA akan menyerang balas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA".
Lim memberi keterangan kepada pegawai penyiasat kanan jenayah IPD Dang Wangi Suhaimi Muhamad.
Ketika ditemui Malaysiakini selepas itu, peguam Ngeow menjelaskan anak guamnya hadir sebagai saksi bagi membantu siasatan berhubung kenyataan Chai itu.
Manakala Lim pula berkata dalam keterangannya dalam tempoh lebih satu jam itu adalah tertumpu kepada menjelaskan kewujudan dua versi kenyataan Chai pada emel dan lampiran yang disertakan serta perkataan "celaka".
Menurut Lim, kenyataan pada emel itu berbunyi "kalau tak diambil tindakan terhadap pertubuhan ini, maka merbahaya untuk keselamatan negara".
Kata Lim, beliau membuat penterjemahan berdasarkan kepada lampiran pada emel tersebut.
"Saya tidak perasan. Pada kebiasaannya, kenyataan akhbar pada emel dan lampiran adalah sama. Saya tidak perasan. Kebetulan saya pilih yang lampiran," katanya.
Lim dan peguamnya beredar dari IPD Dang Wangi pada kira-kira jam 12.30 tengahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan