Ketika ditanya oleh Agendadaily, adakah beliau berpendapat bahawa mungkin beliau tidak dilantik oleh Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin untuk memikul tanggungjawab penting seperti MT dan Biro keahlian kerana isu kononnya ada VCD lucah dan beberapa gosip lain?
Katanya,"Saya rasa mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan beliau tetapi beliau kena ingat orang politik tak pernah lepas dari fitnah dan saya menjadi mangsa fitnah terbesar dan kini sudah sampai masanya saya nak clear everything."
Bila ditanya, bagaimana menghadapi fitnah kononnya ada VCD lucahnya disebarkan?
"Sebagai orang poiltik, saya boleh hadapi semua tohmahan dan fitnah ini, tetapi apabila anak-anak menjadi mangsa, saya tak tahan. Bayangkan apabila anak saya pulang dari sekolah dan beritahu kawan-kawan sekolahnya mengatakan mereka lihat gambar saya dalam YouTube…
"Perkara ini menjadi lebih sensitif apabila guru sekolah anak saya bertanyakan kepada anak saya sama ada saya dan suami sudah bercerai! Saya dan suami saya sudah 16 tahun berkahwin, tak pernah ada masalah. Sampaikan guru sekolah pun jadi macam itu. Saya terpaksa tukarkan sekolah anak saya dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.
"Saya berpegang, macam mana pun kita buat, kebenaran akan timbul sama ada cepat atau lambat. Saya bersyukur dapat suami yang amat memahami dan mengenali diri saya. Kepercayaan yang dia bagi adalah asas kekuatan diri saya.
Kenapa selama ini beliau berdiam diri terhadap gosip dan fitnah ini? Tanya Agenadaily lagi terhadap semua fitnah terhadapnya, termasuk VCD kes lucah ini.
"Masa mula-mula dulu saya bercadang nak buat laporan polis di Bukit Aman, tetapi beberapa pemimpin veteran UMNO kata dalam politik ini perkara biasa dan saya tak perlu heboh. Mereka kata kalau buat report berrmakna kita melatah.
Menurutnya lagi, setakat gambar superimpose mukanya dicantum dengan badan pelakon…adalah. Dia sendiri nak tengok VCD itu kalau ada. Malah dia buat tawaran RM30ribu kepada sesiapa yang boleh buktikan dan tunjukkan VCD itu kepadanya. Sehingga hari ini tak ada pun orang datang dan tunjuk bukti fitnah itu betul atau tidak. Jelasnya.
"Selepas itu timbul gosip kononnya PKR sedang menyiarkan video Shahanim, Saya hantar orang pergi tengok tetapi tak ada pun. Ternyata cuma ceramah biasa PKR sahaja." Demikian pengakuannya dalam Agendadaily.(AK)
banyak fitnah dari yg realiti dlm dunia politik, betul juga kata shahanim sebab dia pemimpin atasan, org yang buat fitnah memang banyak, sekali buat, buat buat dan buat.. Allah maha Adil..
BalasPadamkalau sapa sapa rasa diri dah cukup kebal dengan ilmu agama sampai boleh jatuh hukum sesuka hati, sila lah.. tp jgn lupa yang Allah x pernah tidur..
kes shahanim saya tgk x pernah mati dan penuh dgn hasad dengki.. org smua x berpuas hati sbb kemewahannya, hmmmphh.. cuba tgk cermin dan bayang diri anda shahanim.. tiap tiap hari nk kena dengar rintihan rakyat, tomahan pembangkang yang tak penah tidur daripada membuat fitnah.. astaghfirullah.. kita punya akal bukan...