Kes baling surau: 3 remaja didenda RM2,000
Tiga remaja masing-masing didenda RM2,000 selepas mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan melemparkan botol minuman keras ke sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban Ogos lalu.
Dua daripada mereka juga dibebaskan dengan bon RM3,000 kerana menyimbah cat merah di dinding luar surau berkenaan, laporTheStar.
Remaja ketiga dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana bersubahat dengan dua rakannya memercik cat merah tersebut.
Ketiga-tiga mereka diperintahkan melapor diri kepada Jabatan Kebajikan setiap bulan selama dua tahun.
Tertuduh pertama berumur 17 tahun, tertuduh kedua berumur 15 tahun dan tertuduh ketiga berumur 16 tahun yang berasal dari sekitar Ulu Temiang dan Sikamat di Seremban didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 3 pagi hingga 4 pagi, 23 Ogos lalu.
Mereka bertiga didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan