Mahkamah lawat lokasi Aminul ditembak
Hakim dan peguam yang terbabit dengan perbicaraan kematian remaja 15 tahun Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis, hari ini melawat tempat kejadian di Seksyen 11, Shah Alam.
Saksi, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin hari ini memberi keterangannya di Jalan Tarian 11/2, di mana kereta yang dipandu oleh remaja itu terbabas dan berlanggar selepas dia ditembak oleh polis yang mengejarnya.
Zafrullah, tinggal di hadapan jalan yang mana kereta Iswara berkenaan terbabas. Beliau sebelum itu memberi keterangan bahawa dia terdengar bunyi tembakan dan siren sekitar jam 1.30 pagi pada 26 April. Katanya, dia kemudian ternampak kereta itu berlanggar daripada tingkap rumahnay itu.
Pada keterangan hari ini, Zafrullah berkata dia ternampak seseorang - dipercayai Azamuddin Omar, 15, yang juga berada di kereta bersama si mati - yang berlari dari kawasan itu menuju ke Jalan Wau 11/2, kira-kira 25 khaki dari Iswara tersebut.
Zafrullah berdiri di bahagian belakang rumahnya yang kedudukannya lebih tinggi daripada kawasan perlanggaran yang terletak kira-kira 30 meter jauhnya.
Oleh kerana pintu belakang tidak mempunyai jalan ke lokasi berkenaan, Zafrullah ke luar melalui pintu depan dan perjalanan mengambil masa kira-kira lima minit.
Zafrulah memberitahu mahkamah bahawa pintu pemandu dilihatnya terbuka tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pintu penumpang depan rosak ataupun terbuka.
Korporal Jenain Subi, 48, didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat pada kejadian antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.
Dakwaan itu membawa hukuman penjara 30 tahun jika didapati bersalah.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan