Biadab sungguh Dr. Asri Zainul Abidin! Mengapa begitu angkuh dan sombong dia menggesa supaya Anwar Ibrahim bersara daripada politik? Siapa dia sebenarnya? Adakah dia berasa dirinya terlalu hebat? Hebat dari segi apa? Adakah dia perasan bahawa dia seorang ulama hebat yang nasihatnya mesti dipatuhi?
Kalau Dr. Asri seorang ulama benar dan ikhlas, dia wajib bersama-sama jemaah Islam atau kumpulan Islam yang sedang berjuang untuk melaksanakan Perintah Allah di muka bumi-Nya ini. Dengan kata lain, Dr. Asri wajib menyertai PAS demi satu perjuangan suci dan mulia pada sisi Allah SWT.
Setelah Dr. Asri bersama-sama PAS, barulah molek dan manis kalau beliau ingin sangat menasihati Anwar untuk berubah - tetapi bukan meminta Anwar bersara daripada politik, bahkan lebih besar daripada itu. Apa dia? Dr. Asri ketika itu bolehlah meminta Anwar supaya membubarkan PKR dengan Anwar dan semua ahli Islam PKR menyertai PAS.
Saya berasa hairan mengapa Dr. Asri takut sangat kalau Anwar ditakdirkan menduduki singgahsana Putrajaya selepas PRU ke-13 nanti. Siapakah yang 'mengupah' dia untuk menggesa Anwar bersara daripada politik? Adakah Dr. Asri bermaksud TG Haji Abdul Hadi dan TG Nik Abdul Aziz juga perlu bersara daripada politik; dengan demikian, UMNO terus kekal berkuasa sampai kiamat?
Wahai yang dimuliakan Dr. Asri, anda tidak perlu bimbang apa-apa. Andai kata Pakatan Rakyat mendapat mandat rakyat untuk memiliki kerajaan Malaysia nanti, dengan izin Allah, saya yakin Parti Islam Se-Malaysia(PAS) akan menjadi kuasa pengimbang yang memastikan bahawa dasar Islam tetap terpelihara, walau siapa sekalipun yang menjadi Perdana Menteri.
Dalam keadaan pergolakan politik semasa, dan dalam keadaan keterkecamukan UMNO pada waktu ini, Dr. Asri bersama 40 orang ulama UMNO sepatutnya secara berhikmah menyampaikan nasihat kepada UMNO supaya UMNO kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Tolong beritahu UMNO bahawa pengurusan dan pentadbiran kerajaan Malaysia serta perjuangan UMNO sudah menyimpang jauh daripada jalan dan landasan Islam yang syumul.
Sesungguhnya rakyat Islam Malaysia tidak redha disesatkan oleh UMNO. Dan sukalah saya menasihati Dr. Asri Zainul Abidin: Tolong jangan menjadi ulama tempang; ketempangan tindakan anda akan menjadikan anda ulama jahat.
Dr. Asri, tolong maafkan saya. Nasihat saya ikhlas.
-tko-
Ini Ustad sudah ada bau busuk UMNO la...Ustad atas pagar....Tak leh pakai Ustad nih...!Tunuj pandai...tapi BODOH nak MAMPOSSSS!
BalasPadam