TEHRAN: Presiden Iran menuduh Israel dan Barat menjadi dalang dalam dua serangan bom yang membunuh seorang ahli sains nuklear dan mencederakan seorang lagi dalam serangan di jalan raya di Tehran semalam.
Mahmoud Ahmadinejad turut mengakui untuk pertama kalinya bahawa cecacing komputer menjejaskan alat emparan program pemeringkatan uranium Iran.
Ahmadinejad dan pegawai Iran lain berikrar program nuklear itu tidak akan terjejas akibat apa yang beliau sifatkan sebagai kempen sabotaj, sama ada menerusi pembunuhan atau virus komputer.
Dua serangan bom itu dilancarkan penyerang bermotosikal yang melekatkan bom bermagnet pada kereta dua ahli sains nuklear yang memandu ke tempat kerja di dua bahagian ibu negara Iran semalam.
Bom terbabit meletup beberapa saat kemudian dan membunuh seorang ahli sains dan mencederakan seorang yang lain serta mencederakan isteri kedua-dua mangsa.
Sekurang-kurangnya dua ahli sains nuklear Iran dibunuh sejak beberapa tahun lalu, seorang daripada menerusi kaedah sama seperti semalam.
-AP-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan