Pelajar tahan tebusan di kelas tembak diri sendiri

MARINETTE, Wisconsin: Seorang pelajar sekolah menengah mengeluarkan pistol dan menembak sebuah projektor di akhir waktu sekolah dan menjadikan 23 rakan sekelas dan seorang guru sebagai tebusan selama liam jam sebelum menembak diri sendiri apabila polis menyerbu masuk.

Zach Campbell, seorang daripada lima mangsa tebusan yang dibebaskan selepas meyakinkan pelajar terbabit mereka perlu ke tandas, berkata mereka cuba sedaya upaya menenangkan pelajar Marinette High School berusia 15 tahun itu dengan berbual berjam-jam mengenai memburu dan memancing.

“Kami hanya mahu disukai beliau. Beliau kelihatan murung tetapi tidak berapa kelihatan seperti mahu mencederakan sesiapa," katanya.

Pegawai polis yang bersedia di luar kelas itu mendengar tiga tembakan sebelum jam 8 malam dan merempuh pintu kelas.

Ketua polis, Chief Jeff Skorik, berkata pelajar terbabit yang berdiri di depan kelas, menambak diri sendiri kita pegawai polis menuju ke arahnya.

Kelopak peluru senjata separuh automatik kaliber .22 dan 9 mm ditemui di tempat kejadian.

Pelajar itu enggan berhubungan dengan pegawai polis semasa drama tebusan itu tetapi membenarkan guru berkenaan bercakap dengan pihak berkuasa menerusi telefon.

Beliau sebelum itu mengarah rakannya meletakkan telefon bimbit di tengah bilik dan memecahkan telefonnya sendiri apabila ia berbunyi. 
-AP-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan