Motosikal hibrid di pasaran Mac
DENGKIL: Hybrid Scooters Sdn. Bhd. (Hybrid Scooters) bakal memperkenalkan dua model motosikal hibrid yang pertama di negara menjelang bulan Mac ini.
Hybrid Scooter merupakan anak syarikat Revolution Manufacturing Sdn. Bhd. (Revolution Manufacturing) yang terlibat dalam pengeluaran basikal elektrik, kerusi roda elektrik dan kereta buggy elektrik.
Dua model tersebut iaitu GW800HB yang mempunyai kapasiti 80cc dan GW500HB dengan 50cc dijana dengan dua jenis sumber tenaga iaitu petrol dan bateri.
Bagi model GW800HB, ia dijangka ditawarkan di antara RM7,200 sehingga RM7,800 seunit manakala GW500HB ditawarkan di antara RM6,800 sehingga RM7,200 sebuah.
Pengerusi Hybrid Scooters, Datuk Dr. Mohd. Yahya Nordin berkata, pihaknya optimis model motosikal hibrid tersebut akan menerima sambutan menggalakkan di negara ini.
-kosmo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan