Zahiruddin Zabidi
Tiada ucapan dan pernghargaan yang setimpal dapat dibalas dengan jasa baik pihak kerajaan dalam menangani isu membawa balik para penuntut Malaysia di Mesir. Saya yakin ramai ibu bapa, adik-beradik dan sanak saudara yang lega dengan perkembangan terkini proses pemindahan tersebut.
Seramai 9000 orang bakal dibawa pulang sepenuhnya walaupun rekod di kedutaan Malaysia di Mesir mennyatakan ada 11000 nama yang berdaftar dengan mereka. Namun jumlah sebenar pula dianggarkan dalam 14000 orang yang berada di sana.
Difahamkan kerajaan Malaysia menanggung sepenuhnya perbelanjaan para pelajar bagi dipindahkan dari Mesir ke Jeddah melalui jalan darat seterusnya dari Jeddah diterbangkan pulang ke tanah air. Ada juga segelintir pelajar yang menggunakan duit belanja sendiri bagi tujuan tersebut.
Namun di sana ada satu kekhuatiran dan mungkin akan mengundangkan satu masalah baru kepada ibu bapa malah kerajaan sendiri.
Apakah nanti apabila krisis di Mesir sudah selesai dan para pelajar sudah boleh kembali meneruskan pengajian mereka, perbelanjaan pulang mereka juga akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan atau sebaliknya?
Setakat ini, saya mendapati tidak ada satu kenyataan rasmi mahupun tidak rasmi mengenai perkara tersebut. Oleh yang demikian, disyorkan pihak kerajaan segera mengeluarkan kenyataan rasmi bagi memberikan penjernihan dan pemurnian terhadap isu ini.
Kerana kita sedia maklum bukan semua pelajar tersebut berasal daripada keluarga yang berada dan mampu membeli tiket pulang dengan menggunakan wang sendiri. Paling kurang, jika kenyataan awal diberi mereka yang terlibat akan boleh bersedia awal bagi menghadapinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan