Pakatan Rakyat Mesti Kempen guna Gambar je

amkns
Kata pepatah Inggeris A Picture Says A Thousand Word yang bermaksud Sekeping Gambar Mempunyai Seribu Perkataan. Buatlah Kempen mendedahkan kelemahan Umno dan BN dengan pelbagai fakta dari A ke Z, dari RM1 ke RM1 Billion ke, Rasuah RM500 Juta ke, Komisyen setengah Billion ke. Ada atok di Felda faham, ada nenek di kampung faham fakta yang berjela-jela ni?

Buat saja Bahan Kempen dengan gambar cukup, letakkan sikit perkataan udah. Berikan fakta. Tak payahlah lukis gambar kartun pemimpin dengan muka besar ke, gambar lawak ke, rakyat dah bosan cara kempen zaman batu macam ni.

Contoh yang baik ialah Janji Umno untuk bina Hospital di Rembau pada tahun 2008 seperti pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html  



Begitu mudah di fahami oleh semua golongan. Pengundi mana ada masa nak baca fakta berjela-jela. Mereka suka tengok gambar yang ada kepentingan untuk mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan