Keputusan pilihanraya Sarawak memberi kesan tak baik pada BN

Abdullah Ngah
Bayangkan lima tahun. Sepanjang tempoh itu DAP mendapat kerusi sekali ganda (100 peratus) dari 6 kerusi kepada 12.

PAS walaupun tak menang tapi undinya bertambah dalam kekalahan dengan majoriti yang rendah. Sebagai Contoh di Beting Maro, pilihraya tahun 2006 PAS kalah dengan majoriti 890 undi dan kali ini kalah dengan majoriti 391 undi.

Ini menandakan sokongan pada PAS sudah meningkat sekali ganda.

Bayangkan apakah yang berlaku pada PAS jika pilihnaraya raya ke 11 diadakan lima tahun lagi?

Ada kemungkinan PAS jadi kuat dan BN terus lemah seperti yang berlaku kepada DAP pada pilihanraya semalam.

PKR kelihatan tak kuat kerana banyak kerusi yang dipertandingkan cuma tiga kerusi saja yang dimenanginya.

Tapi PKR boleh tambah dari satu kerusi kepada tiga kerusi.

Memanglah yang ura urakan tak sepadanan dengan apa yang berlaku. Tapi ini jelas dan nyata boleh mengugat BN, kerana dalam keadaan kelimut yang tak sudah sudah pun dapat tambah dua kerusi.

Kes Raja Petra juga menjadi faktor punca PKR tak mendapat sokongan ditambah pula undi dayak iban dan bumiputera sulit pada BN.

Kelemahan BN kelihatan begitu jelas dan memberi tempias yang begitu berat pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Apa pun BN tak boleh gembira dengan kemanangan dan memerintah semula sarawak ini.

Tak dinafikan kebanyakan pemimpin berbangga dengan kemenangan itu, kerana memang itulah sikap asasi yang ada didalam jiwa mereka.

Lebih lebih jika BN gagal merealisasikan janji kepada rakyat sarawak sebelum diadakan pilihnraya umum ke 13 akan besarlah bahananya.

Masalah yang timbul adalah masa yang menjadi faktor, kerana jika diadakan pilihanraya lebih awal pasti kata tak dapat dikotakan dan memberi kesan yang tak baik kepada BN.

inilah masalah yang dihadapi oleh BN yang semakin lemah di Sarawak dan akan lemah juga di semanjung ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan