Tiba Masanya CheGuBard Meninggalkan PKR ?

Selatanonline
Susulan dari perjumpaan Chegubard dengan blogger Cucu Mat Kilau (CMK) minggu lalu, perbualan mereka akhirnya diterjemah dalam sebuah entry di dalam blog CMK.

Hasil daripada pendedahan CMK itu juga, saya telah menerima banyak panggilan yang bertanyakan mengenai keputusan samada Chegubard meninggalkan parti ataupun tidak. Saya hanya menjawab yang saya tidak tahu apa-apa mengenainya walaupun saya tahu serba sedikit. Saya juga tidak akan mendedahkan apa-apa mengenai keputusan CheGuBard kerana menghormati beliau sebagai seorang ketua peneraju anak muda. Biarlah CheGuBard sendiri yang mengumumkannya bila sampai masa sekiranya ada keputusan mengejut yang bakal berlaku.

Jika di tanya pula pendapat saya, adalah agak sukar untuk saya memberi sebarang komen memandangkan saya sering bersama CheGuBard dalam aktiviti ceramah perdana dan juga program anak muda SAMM, malah saya juga sebahagian dari SAMM.

Di bawah ini adalah petikan dari blog CMK sebagai rujukan;
Dalam berbual, Chegubard sekali lagi meluahkan perasaan terkilan beliau akibat kegagalan PKR menyelesaikan kemelut pemilihan 2010 lalu. Parti katakanya seolah-olah cuba mengalih pandangan dan mahu beliau melupakan apa yangs udah berlaku, sedangkan perkara itu sebaptutnya diselesaikan seperti janji dua minggu yang dibuat oleg Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution semasa Kongres PKR di Petaling Jaya tahun lalu.

Namun sehingga kini segalanya "indah khabar dari rupa". Ini menyebabkan Chegubard terpaksa memberi sedikit masa sahaja lagi untuk PKR membuat keputusan, sama ada mahu menyelesaikan kemelut itu atau membiarkan sahaja ia berlalu. Beliau turut menegaskan akan bertindak untuk "meninggalkan parti itu" andai jalan penyelesaian tiada. Malah katanya, itulah yang amat dikehendaki oleh mereka yang berkuasa sekarang ini.

Ketika CMK tanya ke mana hala tuju politiknya andai keluar PKR. Chegubard beberapa kali menegaskan dia akan membuat satu keputusan mengejut berkenaan perkara itu. Namun, itu pun jika tiada tindakan daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR sendiri. Malah, dia khabarnya akan membawa bersama para penyokong dan pemimpin muda di peringkat cabang-cabang di seluruh negara.

Agak malang bila beliau yang masih bersama PKR tiba-tiba dihalang melakukan aktiviti termasuk berceramah di sana-sini oleh parti sendiri. Senario ini memang berlaku, dan sungguh memalukan
Anda semua cuba bayangkan, apakah maksudnya apabila CheGuBard yang masih lagi sebagai pejuang PKR tiba-tiba dihalang untuk melakukan aktiviti termasuklah menyampaikan pidato dalam program ceramah anjuran PKR. Malah pernah juga ceramah anjuran parti PAS telah diarahkan supaya CheGuBard tidak diberikan slot untuk naik ke pentas rostrum, tetapi tidak diendahkan oleh penganjur yang berpendirian bebas.

Bagi saya, parti politik ini hanyalah wadah, parti politik hanyalah kenderaan untuk menyampaikan apa juga gerakan yang dirancang. Di mana pun CheGuBard selepas ini, ke mana pun CheGuBard selepas ini, atau masih terus kekal bersama PKR, itu terpulanglah kepada CheGuBard untuk membuat keputusan. Apa yang penting adalah perjuangan anak muda sebagai pendesak perubahan tetap terus mekar dan semakin mendapat tempat di kalangan anak muda.

Biar sedikit sebanyak mana pun radikalnya gerakan anak muda pimpinan CheGuBard, ia tetap mendapat sambutan kerana keikhlasan beliau dalam perjuangan. Tidak sedikitpun perasaan ingin menentang ketidak-adilan berkurang dari semangat perjuangan anak muda CheGuBard. Walau di mana jua, walau apa jua wadahnya, perjuangan akan tetap berterusan hingga ke nafas yang terakhir...

Apapun, kita harapkan keputusan terbaik dari CheGuBard demi perjuangan menentang kebejatan pemerintah zalim.

Tulisan berbentuk sinikal di bawah di petik dari laman facebook seorang komrad kanan CheGuBard yang bernama Azizi. Beliau memang kerap menggunakan ruangan facebook untuk menyatakan banyak perkara berbangkit mengenai politik tanahair, tetapi secara sinis dan menggunakan loghat nogori sepenuhnya. Ikuti tulisan sinikal Azizi berkaitan entry Blog CMK;
Hahaha.. Hari ni tipon asik berdoring sampai sey naik polak.. Ni sumo bahano Blog Cucu Mat Kilau yg dodahkan CheGuBard akan kuar parti.. Ado yg sodih, ado yg mencarut2, ado yg tetibo hibo & rayu jgn kuar parti.. mcm2 pandangan sey dapek, sumo sey iyokan..
Ado yg koba Che'guBard akan masuk PAS utk mobilise anak mudo sempena demo bosa BERSIH, Ado yg koba Che'GuBard akan bersamo DAP sobab Mahadey tongah heboh ckp DAP rasis.. Ado yg koba dio akan bersamo PSM yang memang rapat dgn jiwo marhaen beliau.. Ado lak yg cakap dio akan fokus SAMM.. Yang lagi best, ado yg koba dio akan masuk umnobn mcm Ezam dulu utk reform umno dari dalam & kali ni che'gubard akan bergabung dgn arman perkeso.. eh silap, perkasa.. kahkahkah 
Ulasan Tok 
Tok masih ingat kehebatan Cikgubard semasa menjadi pengacara 'Blackday' di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru selepas PR menang besar dalam PRU 12 yang lalu. Harapan Tok agar tidak ada lagi kes pemimpin PKR keluar parti disaat-saat kekukuhan dan keutuhan parti yang sangat ditagih menjelang PRU 13. Selesaikan semua masalah dengan cara berhikmah. 

1 ulasan:

  1. Che Gu Bard saya kira apa yang berlaku biarlah ia berlaku dan berlalu dengan,keran jangan kita kita hanya merancang Allah yang menentukan(mungkin ada hikmah nya di sebalik kekeliruan berlaku)(Khada dan Khadar) yang penting perjuangan belum selesai , jangan jadi dengan sesetengah orang sikit-sikit keluar parti(kuat kan mental dan pisikal)batu yang bergolek tidak dapat mengumpul kan lumut berbandin batu yang stay di suatu tempat......................wassalam

    BalasPadam