Mohd Sayuti Omar
DUA malam lalu saya dibisikan oleh seorang teman yang memberi tahu Najib anak Razak akan turun ke Kelantan dalam sIri gelajah negara untuk melihat mood dan suasana semasa. Lawatan itu adalah untuk melihat perkembangan terkini di Kelantan. Mungkin juga Najib hendak tenguk sejauh mana perubahan rakyat Kelantan terutamanya mengenai sikap mereka terhadap Umno.
Najib mahu tengok sendiri apakah isu liwat ke-2 dan terbaru isu video lucah pakej sumpah lankat telah dapat mengubah persepsi rakyat Kelantan kepada Anwar dan juga Pas Kelantan. Dengan melanyak secukup-cukupnya Nik Aziz sebagai orang bersubahat dengan maksiat dilakukan Anwar, jadi Najib hendak tinjau apakah ada perubahan dari dalam diri orang Kelantan.
Selebihnya juga, mungkin Najib hendak tenguk sejauh mana arus gelombang merah yang dicetuskan oleh Pemuda Umno Kelantan bergelombang, atau ianya hanya gelora dan gejolokkan nafsu anak-anak muda yang bekerja di ibu pejabat Umno Kelantan saja, atau yang mrnguruskan sebuah blog dari atas menara tingkat 27?
Mungkin juga hasrat Najib itu didolor oleh cakap-cakap Annuar Musa yang mengatakan beliau kini sudah ada sokongan baru dari kumpulan Gedebe Merah (Red Warriors. Dakwa Annuar beliau ada lebih 50,000 penyokong Gedebe Merah yang menjadi penyokongnya. Ada kemungkinan juga Najib mempercayai dakwaan Annuar itu
Jadi atas dorongan dan perkembangan itulah Najib katanya hendak mencemarkan duli ke Kelantan. Apa yang istimewanya pemergian beliau kali ini, Najib akan singgah dan rihat di rumah Ketua Pembangkang Alwi Che Amat di Ketereh. Menjadi kemusykilan saya kenapa, di rumah Alwi bukan di rumah Annuar Musa, atau Awang Adek Husin atau Setopa? Apakah Najib kini lebih percaya kepada peranan dan juga pendapat-pendapat Alwi mengenai politik Kelantan yang dibuat lebih bertanggungjawab dan berfakta?
Annuar Musa katanya sudah menjaja bahawa penyokong bola sepak Kelantan merupakan penyokong Umno. Kononnya beliau sudah berjaya menjinakkan mereka akan mendekati BN dan melupai Pas. Najib pada mulanya ikut teruja juga dengan caka-cakap Annuar itu.
Begitulah nampaknya. Annuar bijak mempengarhui Najib kononya dia ada penyokong seramai itu. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk Najib melihat come back yang beliau buat menerusi bola sepak Kelantan mengutungkan Umno.
Timbul pertikaian mengenai jumlah penyokong bola sepak Kelantan yang mengena baju merah itu. Seorang tokoh Umno Kelantan yang juga duduk dalam komiti bola sepak menafikan kalau penyokong Gedebe Merah itu adalah penyokong peribadi Annuar Musa atau Umno. "Cuba demo tengok setiap kali diadakan perlawanan penyokong ada membawa bendera siasah. Demo tengok banyak mana bendera dacing dan banyak mana pula bendera bulan?" begitu kata orang Umno itu menceritakan hakikat yang berlaku. Katanya nisbah bendera yang dibawa 10 : 2.
Panjang pula berlebeh di sini. Apa yang hendak diceritakan di pagi hari ini ialah mengenai Najib yang dikatakan hendak melawat Kelantan pada awal Jun ini tidak jadi. Mulanya sudah ditetapkan pada 4 atau 5 atau 6 Jun. Alih-alih semua tarikh itu tidak jadi. Ia dibatalkan pada saat-saat akhir. Dengan pembatalan itu menyebabkan Najib akan tundak dan mengunjungi negeri lain.
Ada pun pembatalan itu bukan kerana cerita Gedebe Merah tajaa Annuar Musa tadi, tetapi dibatalkan kerana Setopa anak Setawa ada kerja besar pada tarikh tersebut. Setopa akan mengahwinkan anak perempuannya pada tarikh tersebut. Pembatalan itu tidak ada kena mengena dengan kerja lain melainkan kerana kerja Setopa hendak kahwinkan anak. Besar mana dan hebat mana majlis perkahwinan itu tidaklah diketahui, tetapi boleh diukur sendiri apabila lawatan Perdana Menteri pun terpaksa dibatalkan. Ada mis-mis macam perkahwinan di raja mungkin?
Terkejut juga saya apabila mendengar alasan pembatalan kunjungan Najib itu hanya kerana Setopa hendak kahwinkan anak. Itu saja. Nampaknya di sini kerja mengahwinkan anak lebih besar daripada kerja untuk parti. Bukankan kedatangan PM itu untuk menguatkan kedudukan BN di Kelantan dan mengayunkan lagi gelombang merah yang nampaknya kurang bergelombang itu?
Inilah yang saya katakan Setopa ini hebat juga orangnya. Orang tidak sangka dalam diam dia ada menyimpan hobi yang besar. Dia boleh batalkan kedatangan PM kerana ingin kahwinkan anak. Siapa boleh lakukan begitu kecuali Setopa.
Urusan perkahwinan anaknya lebih besar daripad aurusan parti. Sepatutnya Setopa tunda atau tangguhkan perkahwinan anaknya, tetapi utamakan kunjungan Najib. Pun begitu mungkin Najib dan pemimpin Umno lain rasa senang juga dengan pembatalan itu kerana, dalam keadaan hari ini susah untuk Umno nak kumpul orang sampai belasan ribut. Apa lagi Pakatan Rakyat baru sahaja buat ceramah di Machang yang dihadiri lebih 15,000. Angka itu mungkin sedang menganggu minda Setopa.
Malulah PM pergi Kelantan kalau yang hadirnya tidak seramai itu. Kalau pun tidak dapat kumpul orang sampai 50,000 tetapi cukup untuk 10,000. Apa lagi yang lebih memalukan khasnya Setopa kalau tiba-tiba semasa kunjung Kelantan itu Najib nak tenguk sungai Kelantan dari jambatan Sultan Yahaya, di mana Setipa dan kontrektor projek tempel jambatan itu hendak letak muka? Mat Maslan ada jawabannya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan