Siasatan Menyeluruh Kematian Baharuddin Akan Dibuat
ULU KELANG, 10 JULAI: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad dan berjanji satu penelitian mengenai insiden itu akan dibuat untuk mengetahui kejadian sebenar sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
"Kita patut buat siasatan menyeluruh. Takziah dan doa buat Almarhum Baharuddin.
"Bagi pihak kita (Bersih dan Pakatan Rakyat) dan peguam, kita akan meneliti apa yang berlaku sebenarnya," ujar beliau.
Allahyarham Baharuddin semalam mengalami sesak nafas apabila polis mengepung kumpulan himpunan Bersih 2.0 di perkarangan KLCC dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan