KINABATANGAN: Seorang lelaki yang berselisih faham dengan rakan sekerjanya mengambil jalan mudah menyelesaikan perbalahan mereka dengan memancung leher rakannya itu dengan parang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian dalam keadaan leher hampir putus.
Sebelum kejadian di Ladang Hangsam, di sini jam 10 pagi kelmarin, mangsa Rashid Sahibu, 43, dikatakan menegur dan meminta suspek berhenti kerja serta melakukan pekerjaan lain.
Teguran itu menyebabkan suspek yang berusia 24 tahun berang, sebelum berlaku pertengkaran antara mereka hingga suspek hilang sabar.
Tanpa diduga, suspek menuju ke stor di ladang itu dan mengambil sebilah parang sebelum kembali kepada mangsa dan terus memenggal leher rakannya itu.
Tindakan itu menyebabkan mangsa menggelupur dan berlumuran darah sebelum mati di tempat kejadian, manakala suspek yang cuba ditahan rakan mangsa, melarikan diri.
-hmetro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan