Sejarah Telah Tercatat Mahasiswa Turunkan Gambar Najib

Mohd Sayuti Omar
Tindakan sekumpulan mahasiswa yang berdemostrasi di perkarangan ibu pejabat Umno kemudian menurunkan gambar Ha Najib Razak selama lima minit sebelum ia dinaikkan semula untuk berkedudukan sama tinggi dengan gambar pemimpin Umno lain bukan sesuatu yang kecil. Perbuatan itu bukan permainan jenaka tetapi ia memberi impak yang besar dan serius.

Iya... ianya hanya lima minit sahaja, tetapi dengan keluasan cakupan dunia IT hari ini, tidak sampai satu minit kejadian itu - gambar Najib diturunkan telah menerawang ke seluruh dunia. Walaupun kejadian itu biasa malahan ada lebih dahsyat seperti dibakar dan dilontar najis, tetapi insiden itu memberi signifiken yang besar.

Kalau tidak besar masakan timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah melahirkan rasa kesal dan minta mahasiswa yang berbuat itu memohon maaf. Itu menunjukkan perbuatan itu memberi kesan yang besar boleh menjejaskan maruah perdana menteri.

Kita tahu mahasiswa ialah kumpulan manusia yang cerdik pandai. Mereka bukan orang kampung atau pun mereka juga bukan kumpulan NGO yang akan berdemonstrasi tidak kira isu. Mereka bukan kumpulan yang membalut kepala dengan kain coping merah ataupun yang menutup muka dengan topeng atau yang mengangga mulut seperti gergasi.

Jauh sekali mereka juga bukan kumpulan yang membawa kepala lembu dan menyepaknya di khayalak ramai. Atau mereka juga bukan yang membakar gambar dan memijak-mijak dengan kaki untut. Mereka juga bukan kumpulan yang diikat mindanya dengan doktrin politik sesat, bukan kumpulan yang diserkup kepala di bawah tempurung dan diketuk dari atas dengan rangkaian ayat dan slogan retorik.

Bukan. Mereka juga bukan orang yang boleh dibayar dengan RM100, RM200 atau RM500. Mereka juga bukan orang yang tenggelam dalam retorika transformasi, atau plan pembangunan ekonomi ataupun NKRA dan berbagai singkatan dan sinonimas indah dan menarik lagi.

Justeru apabila mereka bertindak atau berbuat sesuatu ia adalah membawa mesej besar. Tindakan mereka akan dikaji dan dinilai oleh golongan cerdik pandai lainya. Jadi pihak Umno atau Najib Razak sendiri jangan pandang perbuatan mereka itu kecil dan tidak membawa apa-apa erti. Najib perlu react kepada kehendak mereka.

Penurunan gambar Najib selama lima minit itu akan kekal selamanya dalam sejarah politik negara ini. Ia juga akan dicatat dalam diary mahasisiwa. Orang akan ingat bahawa ada kumpulan mahasiswa yang tidak mahu gambar Najib berada di atas hatta di bangunan Umno sendiri. Makanya elok kalau Umno dan Najib bingkas kepada apa yang mereka tuntut di sebalik perbuatan itu dan jangan sesekali memperli mereka. Layan dengan diplomasi dan penuh psykologis.

Dari pandangan umum tindakan itu akan memberi beberapa pengertian yang boleh memburukan persepsi terhadap Najib. Pertama, Najib tidak disukai oleh golongan cerdik pandai. Kedua, janji dan perakuan Najib untuk membela rakyat dengan pelbagai pendekatan dan polisi, memberi kebebasan kepada mahasiswa tidak dipercayai.

Ketiga ini penting masej dari kumpulan mahasiswa bahawa Najib perlu diturunkan walaupun sekejap.

Khabarnya selepas ini ada golongan mahasiswa lain hendak menunjuk perasaan membela Najib. Tindakan itu tidak memberi apa-apa bekas. Umno upahlah puluhan ribu mahasiswa untuk membela Najib dan mengecam tindakan kumpulan mahasiswa itu ia tidak akan membawa kejayaan. Gambar Najib tetap sudah diturunkan. Naiklah gambar Najib di atas puncak menara berkembar Petronas, tetapi kejadian beberapa hari itu tidak akan mengahkan mampu meletakkan Najib di singgahsana diharapkan.

Pada saya kempen untuk menurun Najib telah dilakukan oleh mahasiswa, maka rakyat perlu mengikutnya. Walaupun ada pihak cuba memberi gambaran mahasiswa itu sebagai alat pembangkang tetapi hakikatnya mereka adalah mahasiswa kumpulan yang akan menjadi pemimpin di masa depan. Dan pengakuan mahasiswa yang menurunkan gambar Najib itu mereka tidak akan memohon maaf menunjukkan mereka semua sudah bersiap sedia melakukan ledakan mahasiswa.

Khabarnya Mat Maslan terjatuh tangga, betulkah? [wm.kl.7:25 pm 19/12/11]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan