Marilah kita berterus-terang. Ingat, ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tetapi kita harus jujur pada diri sendiri.
Persoalnya ialah, mengapa pasangan Perdana Menteri kita sekarang – yang dikenali sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' begitu banyak mendapat liputan buruk di media alternatif?
Sudah lebih 50 tahun sejarah negara kita, tidak pernah sekalipun keadaan di mana rakyat begitu benci akan isteri seorang pemimpin.
Isteri perdana menteri pertama Malaysia tidak pernah diadili oleh rakyat. Tun Hussein Onn mahupun Tun Abdul Razak, malah Tun Doktor Mahathir yang begitu teruk dikecam rakyat pun, isterinya tidak pernah sedikitpun dikritik oleh rakyat.
JIka diamati, Badawi yang dilabel rakyat sebagai 'Mr. Sleepy Snoopy’ ' tidak juga pernah mendapat kritikan terhadap isterinya sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Semua pasangan pemimpin yang lalu tidak pernah dikritik oleh rakyat sama ada dalam media mahupun menjadi topic perbualan peribadi.
Tetapi lain pula dengan Rosmah ...
Dalam kes Datin Dr. Rosmah - isteri kedua Perdana Menteri kita kini, dia saban hari menjadi sasaran kritikan rakyat. Setiap tindak-tanduknya, sama ada kehidupan peribadi mahupun penampilan awam tidak pernah terlepas dari mata rakyat. Mengapakah begitu?
Malah dalam dunia korporat - terutamanya dikalangan GLC, para eksekutif bercerita bagaimana sulitnya keadaan mereka kerana acara rasmi perlu dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri. Benarkah begitu?
Malah pada mula-mula Najib mengambil alih tampuk kepimpinan negara, telah ada gosip liar bahawa Lee Kuan Yew berjumpa isteri Najib dan bukan timbalan PM. Rakyat mempersoalkan 'kenapa?'Yang lain pula bertanya "kenapa tidak Timbalan PM?" Benar atau tidak, bukan ini persoalannya. Sebaliknya, mengapa mereka mensasarkan FLOM?
Pelbagai rencah peristiwa yang diperdengarkan. Hanya dengan membuat pencarian di internet sahaja sudah cukup membuat anda terkejut.
Walaupun kita tidak boleh menerimanya seratus peratus, marilah kita mengambil contoh media aliran perdana. Adakah FLOM tahu bahawa walaupun media memberikan liputan yang luas dan positif terhadapnya, ia bagaikan berpaut pada sejengkal tali sahaja. Tanyalah pada mereka yang diberi gaji oleh kompeni media ini. Mereka akan memberi senyuman sinis; berkumpul sesama orang media dan bergosip tentang cerita-cerita yang disajikan.
Jadi mengapa?
Kenyataan yang paling sukar untuk difahami ialah MENGAPA? Mengapa isteri Perdana Menteri kita menjadi mangsa ejekan rakyat? Mengapa dia menjadi sasaran rakyat? Mengapa orang ramai begitu tidak bertimbang rasa terhadapnya? Atau dalam erti kata lain, mengapa orang ramai "cemburu" akan kemenangan, kejayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadapnya?
Apa kena mengena dengan rakyat sama ada mereka suka atau tidak pada Rosmah?
Bagi rakyat Malaysia, mereka jenis yang cukup bersopan santun. Bukan menjadi kebiasaan mereka untuk mencemarkan nama baik isteri seorang pemimpin untuk sekadar suka-suka sahaja. Sudah semestinya ada sesuatu yang tidak kena.
Mungkin, Datin Dr Rosmah perlu segera berundur dan bermuhasabah, mungkin dia perlu menjauhkan diri dari mata awam buat seketika untuk mengetahui mengapa rakyat begitu jelik padanya.
Yang penting sekali, isteri seorang pemimpin mesti mendapat sokongan dan penghormatan dari rakyat. Bangsa dan agama dan parti politik tidak penting di sini. Dia mesti dilihat sebagai seorang wanita yang prihatin dan menyokong aspirasi negara - bukan pembela kesinambungan politik suaminya dan tidak hanya seperti memperjuangkan kepentingan sendiri.
Dia tidak boleh nampak seperti memusuhi pembangkang seperti apa yang dikhabarkannya. Dia juga bukanlah 'mangsa' yang perlukan pembelaan.
Sukar bukan? Ya, sudah pasti. Inilah isteri kepada tokoh politik sebenar di mata rakyat.
Belajar daripada wanita lain
Caranya ialah untuk belajar daripada isteri-isteri tokoh yang lepas. Yang paling penting ialah personaliti, perwatakan, integriti dan sikap merendah diri dan ikhlas yang nampak pada diri isteri pemimpin itu.
Ingatlah bahawa kita hidup dalam zaman dimana semuanya boleh nampak dari mata kasar manusia, diluar mahupun didalam. Maklumat begitu mudah tersebar tanpa kita boleh menghalangnya. Orang ramai mempunyai kuasa dan cara untuk menampakkan sikap 'dalaman' seseorang kepada dunia luar. Mereka juga tahu niat seseorang melalui tindakan dan kata-kata.
Oleh itu kita hidup dibawah penelitian umum. Kita tidak boleh bersembunyi. Mungkin ada yang akan mengeluh, "Wah, jika macam tu,susahlah nak hidup '.
Ia sebenarnya senang jika anda mempunyai niat, motivasi dan kesedaran yang betul. Pada dasarnya ia berkaitan dengan peranan dan cara memainkan peranan itu.
Najib mesti mengawal tindakannya
Dalam pada itu, Perdana Menteri tidak boleh membiarkan sahaja semua kritikan yang dilontarkan terhadap isterinya. Begitu juga dengan mengatakan ini adalah kerja 'pembangkang'.
Selain daripada bekerja keras untuk diterima rakyat akan kepimpinannya, dia juga mempunyai tugas yang berat untuk memastikan bahawa isterinya bukan sesuatu masalah yang dia tidak boleh atasi.
Lagipun, bukankah benar bahawa di sebalik setiap lelaki yang berjaya atau gagal ada seorang wanita dibelakangnya? PM mesti bersikap ambil tahu tentang pendapat umum dan tidak hanya menolak semua ini sebagai sesuatu yang tidak berasas. Dia tidak boleh berbuat demikian kerana demi kepentingan parti politik dan keprihatinan negara, mengabaikan atau menolak kritikan-kritikan ini seolah-olah ia hanya datang dari rakyat yang tidak berpuas hati.
Harap maklum balas ini diterima dengan baik sangka dan tidak ditolak sebagai sesuatu yang membuang masa sahaja!
Jawapannya mudah Najib tersalah pilih kerana perempuan jenis ini dari dunia lagi Allah telah tunjuk betapa sukarnya seorang suami hendak mengawal dan mengarah supaya ikut hukum syarak , apa tidaknya pernahkah kita melihat seorang yang bergelar isteri seorang pemimpin menutup auratnya sepanjang masa yang berurusan dengan rakyat kalau ada pun hanya sekadar menutup hujung kepala sahaja , apakah kita boleh hormat orang yang sebegini ,nasiblah dia sebagai seorang pemimpin yang terpaksa rakyat memmberi hormat ,tetapi adakah penghormatan yang diberi itu ikhlas hanya Allah sahaja yang mengetahui ,itulah sebabnya boleh dikatakan semua orang membencinya ,cuba kita lihat Wan Azizah walaupun suaminya difitnah pelbagai tohmah tetapi pada dirinya masih lagi rakyat hormat takdir kata suami menjadi PM saya raya orang ramai lagi lebih hormat padanya , keduanya Rosmah ini sememang muka dia tebal tak taulah apa yang ditampalnya kerana tak tau malu ,dalam majlis bersama raja-raja pun boleh dikatakan semua isteri pembesar yang hadir memakai tutup aurat tetapi dia sendiri terbuka luas dengan rambut gerabangnya ,geli rasa saya melihatnya .
BalasPadam