laniismaa
Kini sudah sah SBPA terbatal. Bagaimana tergesa-gesanya dengan arahan SBPA dahulu. Yang sedang bercuti terpaksa dipanggil untuk menandatangani SBPA. Tentunya ia arahan tertinggi Perkhidmatan Awam.
Kenapa mereka begitu tergesa-gesa ingin menyelesaikan SBPA ketika itu. Ini kerana pegawai peringkat tertinggi akan mendapat laba begitu besar ketika itu. Puluhan ribu RM yang akan mereka dapat. Dikatakan yang bergaji RM30 000 menjadi RM60 000. Terlampau besar, kita yang mendengarnya menggaru kepala dengan ketidakadilan ini.
Kini pegawai peringkat tertinggi akan bengang kerana laba yang dicipta mereka terlepas. Terima kasih Cuepacs. Terlepas kerana mereka mendapat kenaikkan 7 dan 8 peratus dan ini akan menjadi lebih adil. Gaji RM30 000 akan menjadi RM32 400. Ok kan!! Munasabah!! Selepas ini juga kalau terpaksa menandatangi semula apa-apa borang, tentu mereka tak akan kalut ribut seperti sebelumnya.
Kalau sebelum ini, tunggakan skim SBPA akan bermula Januari 2012. Kini SBPA terbatal dan kekal menggunakan skim SSM. Pastinya ada pelarasan dan kenaikkan gaji tahunan. Tentunya tunggakan tiada lagi!! Kena minta Cuepacs menjawab sekali lagi!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan