Lesen memandu seumur hidup, tak perlu diperbaharui setiap tahun

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Terasa susah untuk memperbaharui lesen memandu saban tahun. Apa kata jika ada tawaran supaya lesen memandu hanya dibuat sekali sahaja tanpa perlu pembaharuan?


Begitulah lontaran idea yang dikemukakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan di Twitter pagi ini.

“Hari ini ramai yang beratur dan merungut sebab kena perbaharui lesen (memandu) saban tahun. Saya cadang selepas Pakatan Rakyat memerintah, beri lesen memandu seumur hidup tanpa perlu renew,” tulis beliau.

Menurut Nasrudin, memperbaharui lesen memandu adalah antara perkara yang membebankan rakyat terbanyak.

“Kenapa tidak lesen memandu dikeluarkan tanpa perlu renew?” tanya beliau.

Ketika dihubungi Harakahdaily untuk mengulas lanjut mengenai mekanisme cadangan beliau, Nasrudin berkata hanya pemandu bermasalah, seperti yang sering melanggar undang-undang trafik sehingga lesen tergantung perlu memohon lesen memandu semula secara berkala.

“Bagi pesalahlaku trafik yang memohon lesen memandu semula, lesen memandu berwarna lain boleh dikeluarkan untuk membezakan mereka, yang memerlukan mereka untuk renew berkala jika berkelakuan baik untuk tempoh tertentu,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Namun, katanya mekanisme perlu diperhalusi tapi matlamat yang terpenting ialah mengurangkan beban rakyat dalam memperbaharui lesen memandu.

“Dahlah setiap tahun kena renew cukai jalan dan insuran kereta. Kini, apabila banyak saman, cukai jalan disekat maka kereta tidak boleh digunakan.

"Sebenarnya tidak ada keperluan untuk rakyat untuk memperbaharui lesen memandu, sekali dapat dah cukup, asalkan jaga kelakuan di jalanraya lesen memandu ini hidup,” katanya.

Cadangan itu setelah diperhalusi, kata Nasrudin akan dibawa beliau untuk dibincangkan bersama PAS Pusat dan seterusnya Pakatan Rakyat.

1 ulasan:

  1. Setuju jika lesen memandu dan insuran dibayar sekali untuk seumur hidup. Ikut kaedah di Thailand dan Brunei. Tak salah jika kita meniru yang baik untuk rakyat. Jangan jadi lesen TV. Dimansuhkan belakang dia pakat dengan anakonda krisnan. Kini bukan lagi rm24/setahun malah lebih dari rm100 setahun. Perkongsian Pintar dan mengenyangkan setengah-setengah pihak dalam RTM. Sehinggakan nak pakai antena TV biasa sudah langsung. Alternatif tipu. Sama juga dengan lebuh raya bertol. Rakyat kononnya diberi pilihan untuk menggunakan jalan lama. Malangnya jalan lama pun dibesarkan dan dipaksa rakyat bayar tol. Jalan lama langsung dibiarkan rosak, runtuh, berlubang dsb. Nasib yang sama jangan berlaku pada cadangan untuk bayar lesen sekali seumur hidup melainkan jika 'kerajaan setan' masih terus memerintah.

    BalasPadam