Sebelum kalah, Najib guna helah gambar untuk MENIPU rakyat & musuh Umno?

Maria Begum, Malaysia Chronicle
Sebelum kalah, Najib guna helah gambar untuk MENIPU rakyat & musuh Umno?Sejak akhir-akhir ini, sungguh ketara betapa goyahnya kedudukan PM Najib Razak di dalam partinya sendiri, UMNO. Penipuan terbarunya melibatkan gambar yang telah diubah untuk menampakkan dirinya mendapat sokongan yang begitu hebat dari apa yang sebenarnya.
Walaupun cepat tidak mengaku bahawa gambar itu telah diubah oleh Bernama, pengkritik percaya bahawa peristiwa ini akan meninggalkan kesan yang tidak diingini dan juga menaikkan kemarahan rakan-rakannya dalam Umno dengan cubaan terbaru untuk menyembunyikan hakikat sebenar.

“Kelemahan utama Najib adalah keangkuhannya. Malah ada yang berkata ini digalakkan oleh isterinya Rosmah Mansor dan atas sebab itu, semasa pentadbiran Najib, Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk hubungan awam dan perunding imej untuk memberi gambaran imej yang palsu bagi diri mereka. Sama ada ia dilakukan untuk memberi semangat kepada diri mereka atau menunjuk-nunjuk kepada rakyat, saya rasa ada diantara perunding luar ini telah dikenalpasti, dikecam dan juga sedang disiasat di negara mereka sendiri,” Naib presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

“Sekarang, Najib dituduh menggunakan khidmat Bernama untuk mengubah gambar Raya dimana ia nampak seperti 100,000 orang telah berkunjung ke majlis rumah terbuka itu. Sudah tentu ini akan menjadikan panglima Umno marah tidak terhingga. Bagi saya sendiri, menggunakan taktik sebegini adalah perbuatan tidak masuk akal. Dia menjadikan dirinya seperti keluarga Kim di Korea Utara. Ketara palsu dan tersangat ‘Bolehland’”

Sejak menjawat jawatan tertinggi kerajaan pada April 2009, Najib telah membayar berates-ratus juta ringgit kepada syarikat media termasuk APCO yang ada kaitan dengan ShinBet dan juga FBC Media dari UK. Terbaru, PM Malaysia tersipu-sipu apabila kolumnis pro-Israel, Joshua Trevino telah dipecat daripada The Guardian kerana memetik kata Najib tanpa memaklumkan bahawa dia merupakan “seorang perunding bagi sebuah agensi tajaan Malaysia dan mengendalikan sebuah laman web Malaysian Matters”

Tercetusnya perang suadara dalam Umno
Sememangnya gambar itu begitu ketara seperti sudah diubah. Seorang pemimpim pembangkang telah menyedari hal ini sejurus selepas ia dikeluarkan di surat-surat khabar. Tambah pula, akhbar-akhbar ini turut melaporkan bahawa hanya 10,000 orang pengunjung menghadiri rumah terbuka timbalan Najib, Muhyiddin Yassin.

Ini membuktikan khabar angin yang menyatakan bahawa ada perebutan kuasa sedang berlaku dalam Umno, parti politik terbesar negara yang juga Boss pakatan BN, sedang meletus. Dan puncanya? Najib yang menagguh-nagguhkan PRU ke-13.

Kedua-dua Najib dan isterinya yang cukup berpengaruh, Rosmah seperti mahukan pilihanraya diadakan pada tahun hadapan apabila mandat 5 tahun BN akan berakhir.

Namun Muhyiddin, bekas pm, Mahathir Mohamad dan panglima UMNO yang lain sedang mendesak agar pilihanraya diadakan lebih awal, dan penyokong Muhyiddin telah dengan terang-terangan mendesak agar PRU ke-13 diadakan pada bulan ini juga. Spekulasi bahawa poster yabg digantung di beberapa tempat strategik di Johor, negeri kelahiran Muhyiddin, mendesak agar MP Pagoh itu untuk menggantikan Najib sebagai presiden Umno dan juga PM berlaku akibat ketidakpuasan hati mereka.

Poster-poster itu berlatar belakangkan bendera Malaysia dengan tulisan ‘Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU 13' dan juga ‘Selamatkan Barisan Nasional’ “Mereka menyalahkan Najib kerana menagguhkan pilihanraya sehingga sekarang apabila sudah jelas bahawa BN sudah kehilangan taringnya dn mereka semua terpaksa bergelut dan berjuang untuk mempertahankan kerusi,” kata Jui Meng lagi.

Tidak lagi dimahukan:Ujian Asid- adakah anda suka akan Najib?

Dalam pada itu, semasa menafikan bahawa gambar itu diubah, Ketua Pengarang Bernama, Yong Soo Heong mengaku bahawa jurugambar telah menggunakan kreativitinya dalam menampakkan bahawa orang ramai berpusu-pusu kearah pasangan pertama negara, yang populariti sebenarnya diragui walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh media kawalan kerajaan untuk menggambarkan mereka sebagai pasangan yang disayangi oleh rakyat.

Masa merupakan sesuatu yang amat berharga bagi organisasi seperti Bernama dan kita tidak masa agak terhad bagi kami untuk melakukan sesuatu yang tidak rasional,” Bernama memetik Yong.
Mengikut Yong, bahagian gambar baru sahaja dibekalkan dengan kamera dan lensa yang canggih dan terkini tahun ini. Jurugambar tersebut, Harry Salzman Abu Bakar juga perdana mengambil gambar Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsat-bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon, Perdana Menteri British, David Cameron dan Setiausaha Kerajaan AS, Hilary Clinton tanpa masalah.

Pada kali ini, Salzman telah menggunakan kreativitinya untuk mengambil gambar pengunjung yang ramai, tambah Yong.

Tidak boleh dinafikan bahawa Datuk Seri Najib menarik perhatian orang ramai, bukan sahaja pada rumah terbuka Aidilfitri, malah dimana-mana keramaian kerana di dalam mana-mana gambar dan video dari pelbagai organisasi surat khabar akan mengakuinya,” kata Yong lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan