tokpepijat
Cuba anda perhatikan wajah dan gaya berpakaian PMNajib semasa lawatan ke Gaza.
Berbanding dengan lawatan PMNajib ke London, New York, Davos tentunya kita dapati ada perbezaan yang ketara.
Lihat cara berpakaian dan penampilan PMNajib semasa bertemu Ratu Elizabeth atau Obama.
Wajah Najib juga tidak begitu ceria. Barangkali dia terlalu fikirkan PRU 13 dan ancaman team Muhyiddin. Bertambah dengan rungutan Presiden Mahmud Abbas yang marah kerana tidak melawat Tebing Barat.
Jika di lihat pakaian PM Ismail Haniyeh, tidak menjadi hal. Ini kerana itulah pakaian beliau(tanpa tali leher) semasa acara rasmi, lawatan luar negara dan upacara rasmi.
Berbanding PMNajib. Mengapakah Najib tidak berpakaian seperti semasa berjumpa Obama atau program rasmi? Biasanya Najib akan memakai tali leher dan kot yang kemas.
Adakah bagi Najib ini sekadar program santai-santai sedang pihak Palestin menyediakan satu perbarisan hormat untuknya ?
Adakah pihak Wisma Putra menganggap ini satu lawatan seperti NGO kerana takutkan kemurkaan Amerika yang menganggp HAMAS sebagai pengganas?
Untuk politik dalaman pula, Najib gunakan lawatan ini untuk menunjukkan betapa UMNO amat prihatin dengan nasib Palestin berbanding PAS. Pada hal, tangan kanan Najib bersalam dengan Palestin manakala tangan kirinya menjual sawit kepada Zionis !
Atau adakah lawatan PMNajib ini untuk selesaikan satu "skandal " besar yang melibatkan orang besar Putera UMNO yang dikatakan cuba pikul guni lebihan derma Palestin?
pasal baju najib pakai pun nak kecoh ker? sekrangnya dia PM Pertama yang sampai sana... Kau penah sampai? Pemimpin Pakatan ada yang dah sampai ke? Anwar dah sampai Gaza? Nik Aziz dah sampai?
BalasPadam