Mohd Sayuti Omar
Petang semalam saya berkesempatan mengunjungi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di hotel penginapannya di Kuala Lumpur. Semalam adalah hari membawa rezeki dan tuah kepada saya. Tokguru kelapangan dan berada dalam kondisi yang sejahtra dan ceria.
Lebih dua jam saya bersamanya dari Asar hingga Maghrib - berbicara, bercerita mengenai pengalaman atau pun hikmah-hikmah yang diperolehi semasa mengerjakan umrah seminggu lalu.
Ada beberapa peristiwa atau iktibar yang dikongsikan dan ini saya anggap sebagai satu rezeki dan tuah buat saya.
Sesuatu yang diceritakan membuka selera iman menyebabkan kerinduan kepada Makkah jadi membuak-buak. Menjadikan kunjungan ke Makkah sebelum ini dirasakan tidak lengkap dan 'kecacatan' inilah menyebabkan diri menjadi rindu untuk ke sana.
Semalam banyak 'taruk' perbualan. Dari satu 'taruk' (tajuk) perihal Makkah, berjejer ke perihal kemarahan dan rasa keterkilan beliau kepada media massa PB yang terus membuat fitnah tanpa mengira dosa dan pahala. Mengenai kemarahan ini ada saranan dari beliau yang agak vokal atau keras, belum pernah terlepas dari mulutnya.
Dan apabila berjumpa dengan beliau tajuk politik tidak akan ketinggalan. Tajuk inilah yang banyak merampas masa perjumpaan semalam. Seperti selalu beliau akan meninjau pendapat dan pandangan saya selaku penulis mengenai peluang dan kedudukan PAS baik di Kelantan maupun di luar Kelantan.
Bagaimana pun apa yang menyebabkan saya sebak, pada satu ketika apabila saya menyatakan bahawa tempoh perkhidmatan beliau sebagai MB selam 23 tahun sama dengan tempoh perjuangan Rasulullah, menyebabkan beliau sedikit tersentak dengan berkata; 'comel angka itu', dengan nada perlahan dan sayu... yang membawa maksud seolah-olah beliau juga merasakan bahawa tempoh perkhidmatan setakat itu saja. Ya Allah berikan kekuatan dan kesihatan kepada tokguruku ini!
Dan pada ketika lain, apabila saya menyarankan sesuatu yang agak berat untuk dipikul olehnya, beliau lantas mengakui akan hakikat dirinya dengan berkata; "ana ada masalah fizikal ..." apa yang dimaksudnya kesihatannya tidak begitu mengizinkan lagi. Saya terkedu sekejep dan merasakan betapa ruginya sesuatu yang diharapkan saya dan orang lain juga terhalang kerana keadaan fizikal dan usianya. Oh...
Tokguru sangat berharap isi perbicaraan dengannya semalam yang sarap dengan saranan dan pandanganya akan ditulis dan dicatat segera oleh saya. "Anta tulis semua itu...," ujar dan harapnya seperti selalu bila bersembang panjang dengan saya dan menyentuh topik-topik penting yang menarik. "Bila agak-agaknya akan tubik?" tanya Tokguru seakan tidak sabar untuk melihat bagaimana saya merakam pertemuan semalam menjadikan saya terpikul satu amanah besar.
"Inysa-Allah Subuh esok akan keluar tokguru," kata dan janji saya.
Malang, semalam saya terlalu keletihan kerana selepas berjumpa tokguru saya memenuhi dua lagi oppoitmernt, menyebabkan sudah larut malam bahkan menjelang pagi 'muda' baru tiba di rumah. Catatan dan rakaman perjuampaan semalam tidak dapat disiapkan Subuh ini seperti mana dijanjikan. Maaf
Insya-Allah hari ini akan saya dahului catatan itu, walaupun hari ini ada peristiwa peting yang juga perlu dilukiskan tetapi demi tokguru saya akan dahulukan memblogkan hasil pertemuan dengannaya sore semalam. Kepada tokguru dipohon maaf kerana saya gagal memenuhi janji semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan