HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan lima remaja meninggal dunia dan empat lagi kritikal semasa menyertai Festival Future Music Bukit Jalil. Daripada lima orang tersebut, seorang lelaki Melayu, seorang lelaki India, seorang lelaki Cina dan dua perempuan Melayu. Kematian dikatakan berpunca daripada penyalahgunaan dadah dan minuman alkohol secara berlebihan.
Sementara itu semua mangsa yang kritikal dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Kesemua yang terbabit berumur antara 19 hingga 27 tahun.
Festival Future Music dijadualkan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 13-15. Ekoran daripada kematian lima remaja tersebut, pihak polis membatalkan hari ketiga konsert tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan