Yatt Hamzah sedih peminat bergaduh di alam maya

KUALA LUMPUR: Yatt Hamzah melahirkan rasa dukacita melihat peminat bergaduh di alam maya kerana berbeza haluan.

"Saya sedih melihat peminat dan pengikut laman sosial bergaduh di alam maya kerana berbeza haluan. Ada yang menyebelahi dan ada yang membangkang tindakan selebriti," ujarnya dipetik Sinar Harian.

Justeru, beliau yang berhijrah sejak dua tahun lalu tidak tahu adakah selebriti itu sendiri membaca komen-komen dan pergaduhan peminat mereka.

"Namun, bagi saya, adalah tidak elok jika kita bersubahat dan menyokong perkara yang tidak baik," ujar pelakon dan pengacara berusia 34 tahun itu.

Bagi beliau, ada baiknya jika kita berdoa agar mereka berubah dan jika mahu menegur hendaklah menggunakan platform yang tidak mengaibkan seseorang contohnya, secara personal di inbox.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan