Baitulmaqdis: Dua lagi askar Israel berjaya dibunuh pejuang Palestin dalam pertempuran di sekitar dan di Semenanjung Gaza.
Kejayaan itu menjadikan rakyat Israel yang mati dalam keganasan yang dilancarkan sendiri negara mereka meningkat kepada tujuh.
Menurut kenyataan tentera Israel, Bar Rahav, 21, dan Baya Rubel, 20, masing-masing mati dalam serangan antikereta kebal dan dalam pertempuran, awal semalam.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberi butir lanjut mengenainya.
Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam yang menjadi sasaran utama keganasan Israel mendakwa, ia berjaya memerangkap tentera dan kereta kebal Zionis dalam satu serang hendap di timur Semenanjung Gaza, membunuh 14 anggota tentera.
Jurucakap tentera Israel bagaimanapun tidak mengulas mengenai kejadian itu.
Juga pada Sabtu, dua tentera Israel termasuk seorang berpangkat Mejar, mati dalam pertempuran dengan pejuang yang menyusup masuk ke Israel menerusi terowong di tengah Gaza.
Al-Qassam berkata, 12 anggotanya berjaya berada ‘di belakang garisan musuh’ selama enam jam sebelum bertempur dengan tentera Yahudi bagi ‘menuntut bela’ kematian syuhada, khususnya kanak-kanak.”
Briged itu juga berkata, ia membunuh enam tentera Israel dan mencederakan beberapa yang lain.
Bagaimanapun, tentera Israel berkata, hanya dua anggotanya mati.
-hmetro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan