Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa diserbu media cetak dan elektronik yang membuat liputan majlis pelancaran program TV Malaysia Ikon yang berlangsung di Hotel Sunway Resort & Spa, Petaling Jaya, semalam.
Semuanya ingin mendapatkan penjelasan pelakon itu mengenai gosip dirinya yang didakwa bakal berkahwin dengan seorang kerabat diraja.
Bagaimanapun, pelakon berusia 25 tahun itu hanya melemparkan senyuman dan tidak menjawab soalan yang diajukan.
Pengacara program Nona dan Meletop itu ditemani pengurusnya, Mohd Amer Shafiq Khalip yang kemudian memohon maaf kepada pihak media dan memberitahu pelakon itu terpaksa bergegas kerana ada acara lain perlu dihadiri.
-hmetro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan