New Delhi: Seorang gadis berusia 15 tahun kini bertarung nyawa di hospital New Delhi semalam selepas dirogol dan dibakar di atas bumbung rumah keluarganya di sebuah kampung di luar bandar ini, kata polis.
Jurucakap polis, Yadram Singh berkata, polis menahan seorang lelaki berumur 20 tahun kerana merogol dan cuba membakar gadis itu hingga mati kelmarin di kampung Tigri di Noida di negeri Uttar Pradesh.
Menurutnya, suspek yang mempunyai kesan terbakar pada tangan, didakwa dengan beberapa pertuduhan termasuk merogol, cubaan membunuh, menyerang kanak-kanak bawah umur dan menyebabkan cedera parah.
Katanya, gadis itu berada dalam keadaan kritikal dengan kesan terbakar serius hampir keseluruhan badannya dan kini dirawat di sebuah hospital di New Delhi.
Akhbar India melaporkan, mangsa mengalami luka terbakar sehingga 95 peratus ditubuhnya.
-kualalumpurpost-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan