Isu pertikaian tanah: Beberapa perkara dalam afidavit dipadamkan, kenapa?
BAHAGIAN (7)
Apa kesudahan cerita pertikaian dan penuntutan hak penjualan tanah ditepi lebuh raya Rantau Panjang - Pasir Mas yang melibatkan pemimpin dan tokoh parti agama (Pas) Kelantan dengan Pas Pusat. Apakah sudah selesai, sudah ditemui formula win-win antara yang terbabit? Lima puluh untuk kau lima puluh untuk aku, bukan tiga puluh untuk aku tetapi tujuh puluh untuk kau?
Atau masih tergantung tegang, tunggu masa untuk putus? "Peah"....
Apakah Yang Dipertua Pas Rantau Panjang Abdul Fatah Haron selaku plantif dalam tuntutan mahkamah bersabit perkara itu, telah mendapat hak dan bahagainnya dengan seadil-adilnya sesuai dengan semangat dan prinsip partinya, parti agama? Masakan dalam parti agama juga berlaku ketidakadilan yang nyata? Ada sesiapa nampak Fatah tukar kereta baharu sehari dua ini? Adakah?
Khabar terakhir selepas kes itu dirujuk ke mahkamah, (akhir Disember tahun lalu), dan mahkamah menetapkan perbicaraan pada 12, 13 Mac depan (2017), ada desas desus kes itu akan diselesaikan diluar mahkamah. Ada usaha oleh pihak defenden untuk memuktamadkan kes berkenaan bagi mengelakkan ia membusuk parti.
Pihak defenden terdiri daripada Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustapa@Hassan Ali, bekas TMB Kelantan Abdul Halim Abdul Rahman dan anak-anak Allahyarham Wan Othman Wan Yusuf, bekas Bendahari Pas Kelantan yang juga bekas Adun Tendong, tidak mahu ia diperpanjangkan kes itu ke mahkamah. Khabarnya peguam Mustapa Ali telah menghubungi Fatah, meminta Fatah mengemukakan formula untuk menyelesaikan kes berkenaan.
Sesudah hampir sebulan, apakah ia diteruskan dan sudah selesai? Maklumat terkini bersabit kes berkenaan, jawabnya belum. Ertinya kes itu tetap akan masuk ke mahkamah Mac depan. Insya-Allah kalau tidak ada aral merintang saya akan turun untuk menyaksikan perbicaraan itu dan ingin menatap wajah-wajah kesayangan hamba itu.
Diharap Cikgu Wan Rahim yang pernah menjadi regu "Tiga Abdul" turun sama untuk minum teh di perkarangan mahkamah nanti.
Sedikit flashback, pada mulanya bekas MP Rantau Panjang itu mahu kes pertikaian tanah itu dilakukan dengan baik, secara "saing sobat", tetapi defenden yang keras kepala mahu kes itu dibicarakan di mahkamah. Tuntutan Fatah agar pertikaian itu dilakukan dengan adil terutamanya dalam pembahagian untung ke atas penjualan tanah berkenaan serta sebagai saguhati susah lelah (good will) kepadanya tidak mahu dilayan. Fatah menuntut haknya kerana dia berasakan dianiaya dan tertipu.
(Kalau pihak defenden terutama Abdul Halim bersetuju menyelesaikan dengan baik, isu pertikaian dan tuntutan hasil jual tanah itu tidak sampai ke mahkamah dan ia tidak terdedah kepada umum. Hari ini "budu" sudah terdedah di tengah umum. Ada baiknya juga Fatah gentlemen mempertahankan haknya, setidak-tidak ia mendedahkan ceritera dan soneta sebenar pemimpin Pas.
Pengorbanannya keluar dari syarikat yang memiliki tanah berkenaan (Gelari Tani) atas motif dan muslahah tertentu tidak dikenang dan dinilai langsung. Inilah yang menyebabkan Fatah tergamak membuka pekung parti.
Manakala kerana yakin bahawa Fatah tidak mempunyai apa-apa hak ke atas tanah berkenaan dan tidak perlu mendapat apa-apa bayaran (terimaan) dari penjualannya, (kerana katanya sudah diberi) maka defenden bersedia membawanya ke mahkamah untuk diadili. Kononnya pihak defenden mahu mahkamah menentukan hak dan kedudukan Fatah. Sebelumnya Fatah membuat injuksi menghalang agar sebahagian wang penjualan tanah itu ditangguhkan sehingga ia diselesaikan dengan baik.
Untuk rekod Fatah membuat bantahan bukan ke atas keseluruhan jumlah penjualan tanah berkenaan bernilai RM22, 362,778 (Dua puluh dua juta tiga ratus enam puluh dua ribu tujuh ratus tujuh pula lapan sahaja), tetapi bahagiannya tidak pun sampai RM7 juta.
Semasa selama injuksi itu berjalan Fatah berharap ianya diselesaikan dengan baik. Tetapi harapan itu sia-sia sahaja bila mana pihak defenden bersikeras untuk dibicarakan. Defenden yakin kalau dibicarakan mereka menang dan Fatah tidak mendapat satu sen pun berdasar bukti-bukti yang ada. Jadi usaha untuk selesai di luar mahkamah gagal. Hendak tak hendak kes itu terpaksa juga dirujuk ke mahkamah.
Pada 22 Disember 2016 Mahkamah Tinggi Kota Bharu sudah menetapkan agar kes itu dibicarakan dan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakimam Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Ahmad Bache.
Pihak defenden telah menjawab tuntutan Abdul Fatah dengan mengemukakan jawaban balas (afidavit) yang cukup panjang lebar sebagai persiapan perbicaraan. Dalam afidavit berkenaan disertakan beberapa bukti menunjukkan Fatah kononnya tidak ada hak ke atas tanah berkenaan. Bukti-bukti itu termasuk catatan pembahagian saham dan juga buku aliran tunai wang keluar masuk syarikat yang menjadi pemilik tanah berkenaan, berserta keluasan tanah dan jumlah atau nilai jualan.
Saat perbicaraan hendak dimulakan, dan afidvit balasan itu sudah berada di mahkamah dan pihak peguam Fatah, pihak peguam defenden membuat permintaan kepada Mahkamah agar beberapa butiran itu ditarik balik. Ertinya butiran beberapa perkara dalam afidavit berkenaan berhubung pertikaian itu dipadamkan. Kenapa?
Kenapa mulanya ia beriya-iya dimasukkan dalam afidavit balasan kepada tuntutan Fatah kemudian ditarik balik? Apakah yang telah difikir dan dinilai semula? Apa yang tidak kenanya? Bukankah dari segi moralnya penarikan balik beberapa butiran itu memberi kemenangan tanpa masuk gelanggang kepada Fatah.
Dengan penarikbalik beberapa butiran itu, (butiran-butiran itu adalah Perkara 37, 56, 58 dan satu lagi lupa?) itu tidak boleh ditimbul dan dikaitkan dalam perbicaraan itu. Kenapa? Di sinilah dirasakan bahawa pihak defenden bimbang jikalau butiran itu dibenar diguna dalam perbicaraan itu ia mendedahkan rahsia parti dan karektor pemimpinnya.
Abdul Fatah bersetuju dengan permintaan itu, agar butiran itu dipadamkan. Fatah boleh menolak permohonan itu kalau beliau mahu kerana ia dimasukan ke dalam afidavit yang sudah pun dihantar ke mahkamah. Penerimaan dan kesediaan Fatah ini menunjukan bekas MP Rantau Panjang itu berjiwa besar, bersikap jujur dan ikhlas terhadap parti. Dia masih mahu menjaga maruah dan integriti parti agama itu.
Tuduhan yang mengatakan Fatah tidak ada hak ke atas wang hasil penjualan tanah itu jelas tidak benar? Sekiranya ia benar, sudah tentu pihak defenden tidak akan memadakam beberapa afidvit berkenaan, dan ia terus dibenarkan untuk menjadi tatapan umum dan pembuktian di mahkamah.
Isu penyelesaian tanah itu boleh diselesaikan dengan baik. Peluang masih ada untuk selesaikan secara baik dan mengelakkan daripada mencemarkan nama parti jika ia dibicarakan. Fatah hgarus dilayan dengan adil dan saksama. Bagi bahagiannya tamatlah cerita.
Sehubungan itu saya perlu sebut sekali lagi, pemimpin Pas Kelantan terutamanya Pesuruhjaya Pas Kelantan Ahmad Yakob dan juga presiden Pas Abdul Hadi Awang patut mencampuri pertelingakahan ini agar ia diselesaikan dengan baik. Ia tidak boleh dilihat ia isu peribadi. Kenapa saya kata begitu kerana Pas Kelantan dan Pas Pusat khasnya Jabatan Penerangan yang menerbitkan Harakah ada hak dalam kes ini kerana wang mereka diguna untuk membeli tanah ini di peringkat awal.
Mengenai hal ini ia diakui sendiri oleh Mustapa Ali kepada saya menerusi satu percakapan telefon bimbit. Begitu juga Pas Kelantan juga ada saham dalam tanah berkenaan. Kalau pun Pas Kelantan telah menerima bahagiannya sebelum ini atas penjualan sebahagian tanah berkenaan, tetapi Pas Kelantan masih ada hak.
Dalam pada itu seperti yang saya pos sebelum ini ada perkembangan baharu mengenai isu tanah itu dimana tuan asalnya berhajat untuk membuat injuksi dan menuntut haknya. Tuan tanah berkenaan berasakan pelelongan tanahnya dilakukan oleh institusi kewangan dan Unit Pelelongan Awam tidak mengikut prosuder dan ada elemen salahguna kuasa?
Carian, penyusunan dokumen berkaitan katanya sedang dilakukan oleh pemilik asal tanah tersebut. Kes tanah di lebuh raya menjadi makin menarik dan mencemarkan parti agama se tanah Melayu (Pas).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan