Uttar Pradesh – Seorang wanita di sini bertindak memotong zakar suaminya selepas lelaki itu enggan mengadakan hubungan seks dengannya sejak lebih sedekad lalu.
Wanita itu, Rita Yadav, 28, dilaporkan bertindak demikian ke atas suaminya Ved Prakash, 31, di kediaman mereka di Khora, Ghaziabad di sini pada pagi Khamis lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga kira-kira 11 tahun lalu dan Rita mendakwa suaminya yang merupakan seorang pemandu teksi ada menjalin hubungan sulit menyebabkan dia tidak melayannya sebagai seorang isteri.
“Kami selalu bergaduh. Suami saya selalu memberitahu saya bahawa dia benci melihat wajah saya dan ugut untuk mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain,” dakwa Rita.
Menurut laporan, Rita memukul kepala Ved dengan menggunakan lesung batu ketika lelaki itu keluar dari bilik air menyebabkan mangsa pengsan.
Wanita itu kemudian menggunakan sebilah pisau memotong zakar Ved sebelum mengurungnya di dalam bilik air. Selepas itu, Rita menyerah diri di Balai Polis Khora di sini.
Ved yang sedar 30 minit kemudian menelefon seorang rakan yang bergegas membawanya ke Hospital Jaypee.
Pakar bedah di hospital berkenaan, Dr. Saurabh Gupta berkata, mangsa berada dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah.
“Zakarnya yang dipotong dengan pisau tajam itu hampir putus dan mempunyai luka sedalam 10 sentimeter. Kami terpaksa melakukan pembedahan untuk menyambungnya kembali,” katanya yang memberitahu lelaki itu semakin pulih.
Rita kini ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan India kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan senjata berbahaya.
-kualalumpurpost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan