Orang ramai dijemput ke program di Wisma Tok Guru selepas solat Jumaat

ZIKRI ABDULLAH 
Orang ramai dijemput untuk bersama-sama di majlis kesyukuran yang akan diadakan di Wisma Tok Guru, Salor esok.

Program anjuran Pakatan Rakyat (PH) Kelantan itu akan bermula dengan jamuan yang bermula selepas solat Jumaat.

Timbalan pengerusi PH Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata majlis yang akan berjalan hingga malam itu terbuka kepada semua.

“Selaras dengan PH yang meliputi parti pelbagai kaum dan agama pihak kita tidak mengehadkan sesiapa untuk menyertai program ini.

“Orang bukan Islam malah mereka yang bukan dari empat parti dalam PH juga kita alu-alukan,” katanya.

Majlis kesyukuran di Wisma Tok Guru.

Sementara itu pengarah undang-undang PH Kelantan, Hisham Fauzi mengingatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikan keputusan mahkamah yang menerima permohonan injunksi Erinford oleh Datuk Husam Musa, 8 Januari lalu.

“Keputusan ini sangat jelas dan jangan ada mana-mana pihak cuba mengelirukan (mislead) keputusan itu,” katanya.

Dengan keputusan berkenaan katanya, Husam kembali mendapat hak status quo mengurus hartanah WTG sehingga mahkamah membuat keputusan baru.

“Segala bentuk aktiviti boleh dijalankan oleh beliau atau sesiapa yang mendapat kebenarannya di situ,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan