Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan sembilan wakil rakyat BN tidak hadir pada majlis istiadat dan angkat sumpah menteri besar Perlis, hari ini.
Baginda kecewa kerana semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu, lapor Berita Harian.
"Ini adalah kepentingan sesetengah puak, segan untuk saya sebut nama tetapi tuan-tuan pun tahu siapa.
"Hari ini sebilangan besar mereka tidak hadir.. sebab apa (tidak hadir) saya pun tidak tahu, sedangkan jemputan dibuat dua hari lalu dan mereka masih berada di Perlis ketika itu.
"Sekarang mereka berada di Kuala Lumpur, semalam mereka pergi menaiki kapal terbang... ini berdasarkan laporan yang saya terima," titah baginda pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar di Istana Arau, pagi tadi.
Walaupun dari parti sama, kesemua ADUN BN Perlis hari ini memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Azlan Man, di Istana Arau.
Dipimpin oleh pengerusi perhubungan BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, mereka berkata Azlan tidak layak kerana tidak mendapat sokongan majoriti ADUN dalam dewan.
BN Perlis mempunyai 10 daripadanya 15 wakil dalam Dewan Undangan Negeri.
Shahidan dalam sidang media hari ini juga turut menuntut Raja Perlis tidak campur tangan dalam pemilihan menteri besar.
-malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan