MALAYSIA DATELINE
Pas diminta membantu pusat-pusat pengajian yang terletak di bawahnya sebagaimana MCA mempastikan peruntukan untuk institusi pendidikan di bawahnya mendapat bantuan kerajaan.
Menurut seorang aktivis Pas Shah Alam, Halim Omar, jika MCA yang hanya mempunyai dua ahli parlimen, satu menteri dan satu timbalan menteri sahaja boleh mendapat RM90 juta untuk intitusi pendidikan di bawahnya, kenapa Pas tidak boleh.
“MCA ada 2 Ahli Parlimen, 1 Menteri dan 1 Timbalan Menteri.
“Peruntukan pendidikan 60 juta UTAR + 30 juta TAR UC.
“Takkan kita nak biarkan KUIZM, SRITI & PASTI terus bernafas dalam lumpur,” kata Halim menerusi facebook beliau.
Pas adalah pemilik kepada KUIZM (Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad) yang terletak di Taman Melewar, Gombak.
Selain itu, Pas juga memiliki rangkaian sekolah rendah tunas Islam (SRITI) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang tersebar di seluruh negara.
Sebelum ini, pelbagai pihak yang membangkitkan kesah gaji ketiga-tiga intitusi pendidikan Pas itu sangat rendah.
Sebaik sahaja memasuki kerajaan Perikatan Nasional (PN) Mac 2020, Presiden MCA, Wee Kaa Siong mengumumkan kerajaan PN akan membantu Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC).
Wee berkata, selepas beberapa perbincangan dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, kementeriannya bersetuju menarik balik baki peruntukan yang diberikan kepada TAA secara “adhoc” dan “off budget” oleh menteri kewangan sebelum ini, Lim Guan Eng.
“Bagi pihak TAR UC, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tengku Zafrul yang sangat memahami masalah dihadapi institusi pengajian tinggi ini dan bersetuju memberi bantuan kewangan kepada TAR UC.
“Kerajaan Perikatan Nasional diterajui Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri akan terus komited untuk membantu TAR UC dan menyokong agenda pembangunan pendidikan tinggi tanpa mengira kaum,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan