FAZLI RADZI
Penceramah, Muhammad Zamri Vinoth dilihat amat gembira dan berulang kali ketawa apabila mengimbas insiden bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dikecam habis-habisan ekoran isu transgender di negara ini.
Reaksi Ketua Pegawai Operasi (COO) One Centre Malaysia itu dapat dilihat dalam rakaman video satu program dialog berdurasi lapan minit yang dimuat naik di Facebook rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Untuk rekod, agensi One Centre Malaysia yang ditubuhkan pada Oktober 2017 dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menjalankan aktiviti dakwah dan pembangunan saudara Muslim.
“Isu sama transgender ketika kerajaan sebelum ini (Pakatan Harapan), semua orang bengang dan marah terhadap Menteri Agama (Mujahid).
“Saya sendiri pun salah seorang. Saya kena mengakulah,” kata Zamri sambil sungguh-sungguh ketawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan