FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang lelaki diugut dan dipaksa membayar sejumlah wang jika tidak mahu video bogelnya disebarkan wanita baru dikenali menerusi aplikasi MiChat.
Lelaki berusia 26 tahun dari Melaka itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit 2.30 petang Sabtu lalu sebelum berhubung menggunakan panggilan video aplikasi WhatsApp.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Mohd Sukri Kaman, berkata mangsa diugut supaya melakukan transaksi wang berjumlah RM600 pada hari sama.
“Difahamkan semuanya berpunca apabila mangsa dan suspek membuat panggilan video dalam keadaan bogel.
“Bagaimanapun, selepas kira-kira lima minit bersembang, wanita terbabit tiba-tiba memutuskan panggilan dan menghantar video bogel mangsa yang dirakam berdurasi kira-kira 30 saat,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, wanita itu kemudian bertindak mengugut mangsa supaya memasukkan wang berjumlah RM200 sekiranya tidak mahu video bogelnya itu disebarkan.
“Dia juga berjanji akan memadam video itu sekiranya mangsa membayar wang diminta.
“Mangsa melakukan tiga transaksi pemindahan wang dalam talian berjumlah RM600 pada hari sama sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Sukri berkata, laporan polis dibuat kerana mangsa bimbang imej keluarganya terjejas dan ugutan dilakukan itu akan berterusan.
“Semakan lanjut dilakukan mendapati sebanyak 10 laporan diterima polis Melaka membabitkan kes peras ugut melalui media sosial antara Januari hingga 21 Julai 2021,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan