Agensi
JULIANNA Clare Strout. FOTO Agensi
Washington: Seorang bekas ratu cantik berpura-pura menjadi paralegal atau pembantu undang-undang supaya dia dapat melawat kekasihnya yang ditahan di pusat tahanan imigresen.
Julianna Clare Strout, baru-baru ini, mengaku bersalah berbohong kepada ejen persekutuan dalam usaha untuk bertemu semula dengan tahanan itu di Miami.
Daily Star melaporkan, bekas pemenang Miss Rhode Island itu mendakwa dia bekerja untuk sebuah firma guaman sebagai sebahagian daripada rancangan terperincinya untuk mengatasi peraturan Covid-19.
Ia berlaku selepas Pusat Pemprosesan Perkhidmatan Krome menggantung sementara lawatan kecuali individu lantikan sah, akibat wabak itu.
Menurut pendakwa raya persekutuan, Strout berkata, dia memerlukan tahanan terbabit untuk menandatangani dokumen undang-undang tahun lalu, pada Oktober tahun lalu.
Mereka berkata, wanita itu pergi ke pusat tahanan itu tiga kali untuk melihat kekasihnya, lapor New York Post.
Lelaki berusia 36 tahun itu juga menunjukkan kepada pihak berkuasa kepala surat daripada firma guaman, kononnya tempat kerja wanita itu, menurut Pejabat Peguam AS.
Dalam satu percubaan terdesak untuk berjumpa tahanan, dia dikatakan menunjukkan kepada pegawai pusat tahanan lencana pesuruhjaya North Bay Villlage untuk mencuba dan mendapatkan akses ke kemudahan itu.
Pada 27 Oktober lalu, Strout mengaku memasuki kemudahan persekutuan dengan melakukan penipuan.
Dia kemudiannya dikenakan hukuman tempoh percubaan selama satu tahun, dan 50 jam perkhidmatan masyarakat.
Strout menyertai pertandingan ratu cantik, Miss Rhode Island/ Miss America pada 2009 dan mendapat gelaran itu.
Dia kemudiannya mewakili New England dalam pertandingan ratu cantik, Miss America.
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan