Anda kata saya 'anjing Cina' tapi anda pakai baju Wee Ka Siong

story-image

Malaysiakini 

Calon PH Ayer Hitam, Sheikh Umar Bagharib Ali menggesa kalangan dalam BN agar tidak membuat serangan bernada perkauman.

Ia seleas dia didakwa diserang secara perkauman oleh penyokong BN ketika di pusat penamaan calon semalam.

"Saya betul-betul kecewa dengan pendekatan perkauman yang mengelirukan oleh penyokong BN di Ayer Hitam siang tadi (semalam) semasa penamaan calon.

"Mereka menjerit depan muka saya 'Sheikh Umar, kau anjing cina'. Saya tegur perlahan, 'jangan main perkauman, bang'. Awak kata saya anjing Cina, tapi awak sedar tak baju awak tulis nama siapa?" katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Hantaran itu turut melampirkan sekumpulan lelaki berpakaian dan membawa bendera BN. Nama calon BN, Wee Ka Siong terpapar di baju sebahagian mereka.

Dia menyindir jika penyokong BN tersebut marah atau tidak jika dia mengatakan mereka "Melayu Umno jadi anjing Cina MCA di Ayer Hitam".

"Saya pergi merata tempat. Saya pergi makan malam meraih dana dan ceramah yang dihadiri kaum Tionghua. Sebahagian besarnya ucapkan tahniah kepada saya dan berharap dapat tewaskan Wee.

"Ramai orang Cina dah tolak, tapi mereka cakap pengundi Melayu yang pergi selamatkan presiden MCA (Wee) itu.

"Lepas itu, anda cakap saya pula yang jadi 'anjing Cina'?" soalnya lagi.

'Lawan rasuah, bukan kaum'

Sheikh Umar berkata tiada keperluan untuk memainkan isu kaum demi kepentingan politik memandangkan semuanya adalah warga Malaysia, dan perbezaan antara kaum adalah satu kekuatan.

Dia berkata PH sentiasa menghormati semua kaum di Malaysia.

"Kita lawan rasuah, bukan mana-mana kaum atau agama. Dalam PH, tiada siapa jadi anjing sesiapa. Kita saling menghormati," katanya lagi.

Selain Sheikh mar dan Wee, turut bersaing untuk kerusi Parlimen Ayer Hitam adalah Muhammad Syafiq A Aziz dari PN.

Pada PRU lalu, Wee mengalahkan calon DAP Liew Chin Tong dengan hanya majoriti 303 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan