Pemimpin, ulama, pejuang Palestin ucap tahniah kepada Anwar

BORHAN AHMAD

Para pemimpin Islam dari seluruh dunia adalah antara puluhan pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10.

Sultan Brunei, Sultan hasanal Bokiah adalah pemimpin negara yang pertama membuat kunjungan hormat kepada Anwar dan memandu sendiri kenderaan yang membawa beliau dan Anwar dari lapangan terbang ke Putrajaya.

Antara 10 fakta menarik tentang lawatan Sultan Brunei adalah baginda membawa Imam Negara Brunei untuk membacakan doa buat Anwar.

Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang sebelum ini dipimpin oleh Dr Yusof Qardawy adalah antara badan Islam antarabangsa yang menghantar ucapan tahniah kepada Anwar.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah menjadi naib ketua kepada badan yang dihormati ini.

Surat ucapan tahniah itu ditandatangani oleh Prof. Dr. Ali Muhyiddin alQarahdagi – Setiausaha Kesatuan Ulama Sedunia dan Prof. Dr. Habib Salim Saqqaf alJufri – Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

“Kesatuan Ulama Islam Sedunia mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada tuan, dan mengharapkan agar tuan berada dalam keadaan baik, afiah, dan dikurniakan taufiq serta petunjuk.

“Sungguh, menjadi kegembiraan kami selaku wakil Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk mengucapkan setinggi2 tahniah buat tuan atas kejayaan beroleh kepercayaan rakyat untuk menjadi perdana menteri bagi negara Malaysia yang tercinta nan mulia.

“Begitu juga, melalui tuan, kami mengucapkan tahniah kepada semua unit masyarakat dan penggerak di Malaysia, begitu juga rakyat Malaysia kesemuanya, atas kesatuan dan kebulatan suara serta usaha membela maslahah tertinggi bagi sebuah negara, yang telah dicerminkan dengan positif dan baik oleh kesatuan rakyat negara ini, kemajuan dan kehebatannya,” kata surat itu.

Anwar menerima panggilan video dari Ismail Haniyeh. KLIK UNTUK MENDENGAR PERBUALAN.

Anwar juga menerima panggilan telefon yang mengucapkan tahniah dari pemimpin Hamas, Palestin.

Ismail Haniyeh, mantan Perdana Menteri Palestinian National Authority membuat panggilan video tengah malam untuk bercakap dengan Anwar.

“Selain menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Perdana Menteri ke 10, beliau turut memuji kesungguhan seluruh rakyat Malaysia yang memastikan proses peralihan kepimpinan negara berjalan dalam keadaan aman dan demokratik,” katanya.

Senada dengan pimpinan Hamas, Khaled Mesh’al juga menefon beliau sejurus selepas Ismael.

“Saya menegaskan bahawa Malaysia komited untuk memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa,” kata Anwar menerusi posting di Facebook beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan