Ibu Tak Sedar Anak Perempuan Tiga Tahun Lemas Dalam Mesin Basuh

KIM SYAZIE

Kehilangan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terjawab selepas ditemui maut dalam mesin basuh milik keluarganya.Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Paris.

Pada waktu kehilangan kanak-kanak berkenaan, ibu bapanya sedang makan malam bersama.

Bagaimanapun bapanya mula menyedari ketiadaan anak bongsunya itu.Ia menyebabkan seluruh keluarga pergi mencarinya di bahagian dalam dan di luar apartmen dan meminta bantuan jiran mereka.

Menurut laporan Agensi, mangsa akhirnya ditemui kira-kira pukul 10.30 malam (waktu tempatan) di apartmen tersebut dan bapanya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Dilaporkan, kanak-kanak itu sudah berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan dan dia disahkan meninggal dunia sejurus selepas pukul 11.30 malam (waktu tempatan).

Menurut bapanya, pintu mesin basuh itu berada dalam keadaan tertutup sebelum ahli keluarga menemui anak mereka berada di dalamnya.

Maklumat awal menunjukkan bahawa kematian kanak-kanak tersebut boleh dikaitkan dengan sesak nafas dan tiada tanda-tanda keganasan pada tubuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan