WAN SITI AMINAH
Tindakan pihak pengurusan Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (KPMSI) dipersoal apabila meluluskan jemputan pempengaruh media sosial TikTok, Syahir Norhisham untuk menjadi salah seorang panel dalam forum anjuran mereka.
Forum yang akan diadakan esok itu bertajuk ‘Rasullulah Ikon Remaja’ dan akan diadakan di dewan utama kampus KPMSI.
Penganjuran forum tersebut tidak disambut baik berikutan Syahir dikenali dengan ucapan provokasi yang menghasut sentimen perkauman serta mengungkit peristiwa Mei 13.
Syahir Norhisham mula tular di laman sosial sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlansung kerana telah memuat turun video yang menyentuh sensitiviti kaum sambil memakai jaket Perikatan Nasional (PN).
“Inilah masanya orang Melayu bersatu, kita wajib pergi undi untuk menangkan Islam. Kalau tidak orang yang memusuhi Islam akan memimpin kita. Sebab itu anak muda bangkit, jangan tidur lagi dah teruk dah ni. Sebab tak mustahil kita menjadi pelarian di tanah air kita.” Kata Syahir dalam video tersebut.
Seorang pengguna media sosial Twitter yang juga alumni pusat pengajian itu, @NurnisaOmar turut meluahkan rasa malu dan menuntut agar hanya mereka yang mendapat tauliah daripada majlis agama Islam negeri sahaja dijemput menjadi ahli panel.
“Malunya jadi alumni KPMSI macam ini. Tolong dapatkan (jemput) mereka yang dipercayai dan mendapat tauliah dari pejabat agama.
“Di dalam kolej itu kemain ada kursus antarabangsa, tapi takkan bawa ‘tiktoker’ ideologi rasisme macam ini biarkan hasut pelajar?,” katanya.
Pengguna yang bernama Firdaus Jailan berkongsi pandangan yang sama apabila ideologi Syahir ini telah melawan dasar yang diterapkan oleh Rasulullah, iaitu perpaduan.
“Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) jangan buat hal. Penunggang agama macam ini nak syarah tajuk ‘Rasulullah Ikon Remaja’?.
“Si Syahir ni bukan sahaja melawan prinsip Rasulullah yang mengunjurkan perpaduan dan keamaan bahkan percakapan dia memburukkan nama Rasulullah itu sendiri,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, MPP KPMSI telah menurunkan poster forum baharu awal pagi tadi dengan menggantikan gambar ahli panel jemputan kepada penceramah lain, ustaz Mohd Sufian Khalib, malah dapat dilihat ruangan komen poster tersebut turut ditutup.
Jemput penunggang agama jadi penceramah KPMSI terima kecaman
Poster yang dimuat naik selepas poster tiktoker diturunkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan