FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang remaja membuat laporan mendakwa dirogol pegawai berpangkat inspektor di sebuah balai polis di Kedah pada Rabu lalu.
Sumber dipetik Harian Metro berkata, gadis berusia 16 tahun itu membuat laporan tiga hari kemudian mendakwa dirogol inspektor berusia 30-an itu ketika berada di bilik pejabatnya di IPD berkenaan kira-kira 6.30 petang.
Katanya, mangsa pada mulanya dipanggil pegawai polis terbabit ke IPD untuk membantu siasatan kes rogol membabitkan dirinya yang dikatakan dilakukan bapa tirinya.
“Ketika berada dalam bilik, inspektor berkenaan yang juga pegawai penyiasat kes membabitkan remaja perempuan itu memberitahu dia mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa.
“Mangsa sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan memintanya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan terhadapnya.”
Sumber itu berkata, inspektor terbabit kemudiannya memegang kemaluan mangsa dan memintanya baring atas katil di bilik itu dalam keadaan bogel.
Tetapi pada masa sama, katanya, pegawai polis itu gagal mengawal nafsunya dan merogol mangsa.
“Pegawai polis berkenaan memberi alasan alat yang digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa gagal berfungsi dengan baik.
“Walaupun takut, mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan tubuhnya dinoda inspektor berkenaan.
Menurut sumber itu, mangsa mendakwa kejadian itu berlaku hampir 30 minit, sebelum diminta memakai pakaian semula, selain diberitahu kes itu belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.
Katanya, mangsa yang sudah tidak bersekolah dipanggil ke IPD memberi keterangan dan menjalani pemeriksaan di hospital, susulan laporan dibuatnya Sabtu lalu.
“Sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal.”
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan itu dan penahanan pegawai terbabit, tetapi enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan masih dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan