Sarjan ditemukan mati dengan tiga kesan tembakan

Zuhainy Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Bayan Lepas: Anggota polis berpangkat Sarjan ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di belakang Balai Polis Bayan Lepas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa berusia 51 tahun adalah anggota yang bertugas di balai berkenaan.

"Mangsa ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala.

"Polis juga menemukan sepucuk pistol bersama mangsa," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Kamarul berkata, pasukan forensik sudah menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

"Kes berkenaan juga masih dalam siasatan pihak polis.

"Sehubungan itu orang ramai dinasihati supaya tidak menyebar sebarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan