Pegawai polis ditemukan mati dengan kesan tembak di kepala

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pegawai polis ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepala di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau, petang semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung pegawai yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah, kira-kira 6.30 petang.

Katanya, mayat telah dihantar ke ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzaffir turut meminta orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis dan menghormati keluarga si mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan