Kelantan: Peniaga air maut disyaki ditikam bekas suami

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang wanita maut dipercayai ditikam bekas suaminya di Taman Desa, Pasir Tumboh, Kota Bharu kira-kira 4 pagi tadi.

Berita Harian melaporkan peniaga air berusia 30-an itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Bekas suaminya turut parah di bahagian perut dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, mangsa yang berpisah dengan suaminya menyewa di rumah itu sejak beberapa bulan lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan