Walaun dan macai kecut telur tak berani sahut cabaran Rafizi

Rafizi cabar pengkritik sertai podcast 'Yang Bakar Menteri'
Malaysiakini 

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli membuat cabaran terbuka kepada para pengkritiknya untuk berdepan dan "membakarnya" dalam sebuah podcast.

Ia selepas cabarannya sebelum ini yang ditujukan kepada seorang pempengaruh pro-PN tidak disambut.

Pempengaruh itu, yang menggunakan nama YB Viral, menolak undangan Rafizi untuk muncul di podcast tersebut selepas mendakwa cabaran debat yang diutarakannya telah ditukar kepada sesi soal jawab.

Mengulas perkara itu, Rafizi menyangkal tindakannya yang membezakan antara debat dan sesi soal jawab.

"Konon podcast itu bukan debat, sedangkan semua orang tahu podcast adalah platform. Sebarang perdebatan boleh sahaja dibuat di mana-mana platform - dalam dewan, TV, radio atau podcast di internet.

"Debat itu maksudnya bersemuka (bukan menjerit maki hamun di cermin)," katanya di X.

Terdahulu, Rafizi berkata undangan terhadap B Viral itu adalah peluang untuk kedua-dua pihak berkongsi pandangan dan fakta kepada orang ramai.

Dia juga berkata ia merupakan peluang kepada individu itu untuk membuktikan dia adalah "menteri paling bodoh".

Dalam hantaran hari ini, Rafizi berkata alasan yang dikemukakan YB Viral untuk menolak undangannya telah membantu hasratnya untuk menunjukkan "watak sebenar aktivis maya pembangkang."

"Sebelum dicuit, mereka adalah jenis yang suka mempertikaikan segalanya. Kalau pertikaian itu berasaskan fakta dan perspektif yang benar, saya kira itu boleh diterima.

"Tetapi pertikaian yang dibawa berunsur maki hamun, jeritan dan emosi kerana mereka tidak faham pun isu-isu ekonomi yang cuba dibawa.

"Semasa dicuit, mereka menggelabah dan menggelupur. Terbongkarlah watak mereka yang sebenarnya hanya berani baling batu sembunyi tangan," kata Rafizi.

‘Peluang bakar saya’

Selepas undangannya ditolak, Rafizi berkata dia kini mahu membuka peluang kepada mana-mana pihak yang ingin berdepan dengannya, sama ada ahli akademik, penyokong kerajaan atau orang awam.

Namun dia berkata sasaran utamanya tetap aktivis maya pro-pembangkang yang menurutnya "banyak memainkan dakyah".

"Saya akan cari mereka, jemput dan beri peluang bersemuka. Mereka berpeluang membakar saya, saya juga berpeluang membakar mereka," katanya, sambil menambah ia lebih baik berbanding memaki-hamun di dalam talian.

Episod pertama podcast tersebut, yang dinamakan "Yang Bakar Menteri" dijadual dibuat pada 8 Januari ini.

Rafizi juga berkata dia memilih podcast sebagai platform berbanding siaran televisyen kerana ia tidak memerlukan dana awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan