Selepas bunuh lebih 21,000 orang, Israel tarik balik ribuan tentera

Harapandaily

Selepas genosid membunuh lebih 21,000 rakyat Palestin, Israel menarik balik ribuan tentera pengganas mereka dari Gaza.

Tindakan itu beberapa hari selepas pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden meluluskan di kongres sekali lagi untuk penjualan senjata kepada Israel.

Penarikan itu dilihat satu isyarat bahawa pertempuran sengaja dikurangkan di Gaza selepas AS telah mendorong Israel untuk beralih kepada pertempuran intensiti rendah.

Walau bagaimanapun, tindakan tentera rejim zionis itu hanya untuk sementara waktu sahaja.

Hal ini kerana penarikan tentera mereka dari Gaza yang diserang sejak 7 Oktober lalu adalah bagi membuat ujian dan prosedur latihan.

Itu ditegaskan oleh jurucakap tentera Israel, Daniel Higari dalam satu kenyataan.

Sementara itu, dalam satu laporan menyebut tindakan Israel menarik balik tenteranya itu disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda negara haram itu Israel akibat peningkatan operasi genosid di Gaza.

Israel sedang berdepan krisis ekonomi yang dahsyat selepas memanggil sejumlah 350,000 pasukan simpanan ke dalam pasukan pendudukan.

Langkah itu sekali gus menarik mereka keluar daripada pasaran buruh tempatan manakala serentak itu juga kira-kira penceroboh dari kawasan bersebelahan Gaza dan selatan Lubnan telah berpindah ke tempat lain.

Dalam masa sama, 250,000 penduduk haram Israel telah melarikan diri dari tanah jajahan ke tempat lain di mana mereka memegang kewarganegaraan.

Tindakan mereka itu sekaligus menjejaskan perniagaan di Israel dengan 61,000 penceroboh mengambil cuti tanpa gaji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan